34) PEMUTIHAN PENEROKAAN HUTAN SIMPAN
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini terhadap permohonan peneroka hutan simpan Kuala Langat 2?
-
Apakah langkah kerajaan bagi mengawal agar pencerobohan kawasan ini tidak berkembang?
34) KEGAGALAN PASUKAN SUKMA NEGERI MENJUARAI KEJOHANAN SUKMA KEBANGSAAN.
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Majlis Sukan Negeri bagi memastikan pasukan Sukma Negeri menjadi juara dalam pertandingan Sukma Kebangsaan di masa hadapan?
-
Adakah semua kelab sukan Negeri mempunyai gelanggang latihan dan alatan mencukupi untuk persediaan awal?
-
Adakah bajet yang disediakan mencukupi untuk atlit negeri menjalani latihan?
34) AKHBAR NEGERI SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri Selangor mempunyai akhbar-akhbar sendiri iaitu Selangor Kini, Selangor Times dan Selangor Indru untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat. Sejauh manakah sambutan rakyat terhadap akhbar-akhbar ini?
-
Bagaimanakah akhbar-akhbar ini disampaikan kepada rakyat?
-
Berikan statistik tentang penambahan akhbar-akhbar ini dari sejak diterbitkan sehingga kini.
34) CADANGAN MENGADAKAN LEBIH BANYAK PUSAT-PUSAT PERNIAGAAN SETEMPAT DI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan bercadang mengadakan lebih banyak pusat-pusat perniagaan setempat terutamanya di kawasan kampung bagi membuka lebih banyak peluang rakyat berniaga?
-
Jika ya, di mana dan jika tidak apakah rancangan alternatif Kerajaan?
-
Nyatakan dataran-dataran niaga sediada mengikut Daerah pada masa ini?
34) SKIM KESIHATAN PERCUMA -MAMOSEL
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan jumlah juga penyertaan wanita secara tahunan semenjak ianya di lancarkan sehingga Julai 2015
-
Apakah sasaran penyertaan untuk tahun 2015?
34) PERTANIAN
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Mulut
-
Adakah projek pertanian lain yang telah dirancang bagi memberi peluang rakyat Selangor memajukan pertanian sebagai satu industri selain projek ternakan babi yang bernilai RM100 juta?
-
Mengapakah projek ternakan babi itu menjadi keutamaan dalam Dasar Pertanian Negeri di bawah kerajaan baru ini?
34) FENOMENA EL-NINO
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
-
Apakah pelan tindakan kerajaan negeri dalam menghadapi Fenomena El- Nino yang dijangka melanda Negara sekitar bulan Jun sehingga bulan September tahun ini?
-
Apakah pula tindakan yang akan diambil untuk mengurangkan jerebu hasil dari kebakaran kawasan tanah gambut?
34) LOJI RAWATAN AIR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila beri pengeluaran air terawat bagi setiap logi rawatan air di Negeri Selangor untuk tahun 2017 (sila beri purata pengeluaran harian, dan puncak pengeluaran harian).
-
Apakah kapasiti pengeluaran setiap loji rawatan air tersebut?
34) JOM SHOPPING
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Adakah terdapat kaedah baru yang lebih mudah dan baik untuk program Jom Shopping Warga Emas yang boleh digunakan? Kerana ketika ini, pegawai di pejabat saya menghabiskan masa yang banyak untuk mengikut prosedur dan kertas kerja.
34) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah terkini Rumah Selangorku yang telah siap, sedang dibina dan telah diluluskan mengikut jenis.
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan jumlah tersebut memenuhi permintaan semasa?