33) KOLAM TAKUNGAN AIR
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan terkini terhadap projek kolam takungan Sungai Gong?
-
Bagaimana Kerajaan memastikan projek tersebut akan disiapkan dengan baik?
33) KAJIAN BIDANG PEMBANGUNAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Selangor menjalankan kajian impak pembangunan projek mega di Selangor?
-
Berapakah kajian dan penyelidikan telah dijalankan dalam tempoh tahun 2018- 2022?
-
Sila kemukakan senarai jawapan (b) tersebut.
33) WIFI SELANGORKU
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua 2500 lokasi hotspot WiFi Selangorku
-
Apakah kelajuan WiFi yang dibekalkan?
-
Apakah kos-kos yang terlibat dalam membekalkan WiFi Selangorku?
33) SELGATE CORP SDN BHD
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan kini berkenaan pembinaan Hospital Selgate Rawang?
-
Nyatakan prestasi kewangan Selgate Corporation Sdn Bhd sejak tahun 2018.
-
Apakah perancangan masa depan bagi Selgate Corporation?
33) PEMBERSIHAN SUNGAI KELANG
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Mulut
-
Adakah Sungai Kelang dibersihkan secara berkala dan apakah skop pembersihan?
-
Adakah kerja pembersihan Sungai Kelang termasuk menggali dasar sungai?
-
Adakah keadaan kebersihan Sungai Kelang berhubung dengan kelakuan banjir di Klang?
33) OPERASI PERNIAGAAN BESI BURUK DI KAWASAN BUKAN INDUSTRI
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
Perniagaan besi buruk dan barangan kitar semula sudah lama diminta untuk berpindah ke lot industri untuk menyambung perniagaan mereka. Tetapi masih terdapat perniagaan ini masih dijalankan di kawasan perumahan, pasar dan berhampiran kedai makan. Sebagai contohnya perniagaan besi buruk Ò BOSS METALÓ di Pekan Subang berhampiran dengan Pasar Pekan Subang . Berapa bilangan kompaun dan notis mengosongkan tanah yang telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Tanah sehingga kini ?
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk memindahkan perniagaan ini yang masih berdegil untuk pindah ke lot industri.
33) MANFAAT ANAK PRA SEKOLAH
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Status perlaksanaan program bantuan RM50.00 sebulan seorang untuk pendidikan pra-sekolah pasca PRU13 adalah diteruskan. Pada perlaksanaan penggal lepas, adakah kesemua pendidikan pra sekolah yang layak ini telah menerima manfaat bantuan RM50 sepenuhnya?
-
Bagaimanakah cara kerajaan menyampaikan bantuan ini kepada setiap penerima.
-
Nyatakan jumlah mereka yang layak menerima bantuan tersebut mengikut daerah, Parlimen dan DUN?
33) ISU PEMBINAAN PERPUSTAKAAN AWAM DI DAERAH SEPANG
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Setakat ini apakah status projek pembinaan perpustakaan awam di Daerah Sepang?
-
Bilakah projek ini akan dijalankan?
33) JANJI KERAJAAN PAKATAN MENGURANGKAN CUKAI PINTU KEDIAMAN SEBANYAK 20% DAN CUKAI PREMIS KOMERSIL SEBANYAK 10%
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Apakah status janji tersebut?
-
Berapakah jumlah pengurangan kutipan jika janji ini dilaksanakan mengikut PBT?
33) PETANI / PESAWAH
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan beberapa strategi untuk menambah pendapatan pesawah melalui program pelbagai kegiatan ekonomi. Berapakah jumlah peruntukan yang telah diluluskan dalam tahun 2010 mengikut jenis program tersebut?
-
Berapakah jumlah bilangan petani yang disasarkan dalam program pelbagaikan kegiatan ekonomi tersebut mengikut daerah-daerah?