33) PERUMAHAN MAMPU MILIK
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) untuk membangun perumahan rakyat dan berapakah jumlah rumah kos rendah dan kos sederhana yang telah dibina oleh LPHS semenjak 2008-2013 ?
-
Berapakah jumlah rumah mampu milik yang akan dibina melalui Program Perintis Rumah Selangorku bagi tahun 2014 ?
33) HARGA JUALAN PADI YANG RENDAH
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri membincangkan isu harga padi dengan Agensi Persekutuan atau pembeli? Jika ada, apakah solusinya?
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai analisis data tentang bagaimana harga belian padi yang rendah memberi kesan kepada ekonomi pesawah? Jika ya, apakah tindakan lanjut kerajaan?
33) PERHENTIAN BAS SENTRAL KLANG
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Bertulis
-
Apakah perjanjian-perjanjian antara pemaju dengan Majlis Perbandaran Klang?
-
Berapakah jumlah kos keseluruhan pembinaan perhentian bas tersebut? Sila nyatakan secara terperinci.
-
Berapakah bilangan purata bas yang keluar masuk setiap hari di perhentian bas tersebut?
33) DASAR KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Masih terdapat sebahagian jabatan-jabatan yang tidak dapat menyelesaikan permasalahan rakyat sehingga menjejaskan nama baik kerajaan. Apakah tindakan kerajaan kepada jabatan tersebut?
-
Sub-soalan telah di tolak
33) PERUNTUKAN PUSAT WANITA BERDAYA (PWB)
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Mengapakah peruntukan PWB dihadkan sebahagian kepada "Capacity Program" semata-mata?
-
Apakah perancangan supaya lebih agihan peruntukan kepada program komuniti dapat yang kini hanya berbaki sekitar RM20k setahun berbanding RM30k sebelum ini?
-
Adakah perancangan untuk kembalikan program mamogram dibawah pengurusan PWB?
33) PKPS LIVESTOCK FARM SDN BHD
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Syarikat PKPS Livestock Farm Sdn Bhd memfokuskan bidang penternakan lembu tenusu dan ayam daging. Nyatakan lokasi ladang dan bilangan ternakan kedua-dua haiwan tersebut tahun 2013-2014?
-
Nyatakan prestasi dan keuntungan syarikat 2010-2013?
-
Nyatakan pasaran produk-produk tersebut?
33) LOT TANAH TERBIAR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan kerajaan bagi lot persendirian terbiar yang menyebabkan masalah semak samun dan masalah kebersihan bagi jiran?
-
Adakah kerajaan merancang untuk menambahbaik akta yang sedia ada untuk memastikan pemilik tanah menjaga kebersihan tanah sendiri?
33) TANAH TOL UNTUK TERNAKAN UDANG
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan nama-nama Syarikat atau individu yang telah diberikan TOL dan keluasannya khususnya di persisiran pantai dari Sekinchan ke Tanjung Karang untuk tujuan ternakan Udang ?
-
Sila nyatakan apakah implikasi terhadap Ekosistem dan hakisan pantai persekitaran kawasan ternakan Udang yang banyak menebang pokok kayu paya bakau ?
-
Sila nyatakan kenapa tiada tindakan yang diambil oleh Lembaga Urus Air Selangor dan Jabatan Perhutanan walaupun penduduk kampung telah membuat aduan demi aduan terhadap aktiviti berkenaan ?
33) PROGRAM SUKA
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah prestasi sukarelawan kesihatan dalam komuniti?
-
Apakah persiapan atau program yang mereka telah atau akan lalui untuk persiapan sebagai aktivis kesihatan awam?
-
Apakah rancangan (jika ada) sebarang bentuk faedah atau insentif sebagai aktivis kesihatan awam ?
33) KES PEMBUANGAN BAYI
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah kes pembuangan bayi di Selangor mengikut bangsa bagi tahun 2007 hingga Sept 2010
-
Apakah hukuman atau denda yang di kenakan kepada pasangan yang membuang bayi?
-
Apakah bentuk pencegahan, kaunseling dan tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa bagi menyekat kes ini terus berlaku