33) PROJEK TERBENGKALAI
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan kerajaan Selangor dalam menyelesaikan masalah projek terbengkalai di Desa Salak Indah dan Kampung Lanjut?
33) BAS SMART SELANGOR DI HULU SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah penumpang Bas Smart Selangor di Hulu Selangor mengikut laluan masing-masing.
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang membina pondok perhentian di laluan Batang Kali? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
33) PROGRAM BINGKAS DAN KISS
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Apakah perbezaan yang paling antara kedua-dua program ini?
-
Berapakah jumlah yang di benarkan untuk program tersebut bagi setiap ADUN?
33) SJKC SG LONG DAN SJKC KAJANG 2
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Berikutan pengumuman pihak Lembaga Pengarah SJKC Sg Long dan SJKC Kajang 2 bahawa kos pembinaannya yang disalurkan oleh kerajaan pusat mungkin tidak mencukupi, apakah rancangan kerajaan untuk membantu pembinaan kedua-dua sekolah tersebut agar pembinaannya tidak terbengkalai ?
33) PENGANGKUTAN AWAM UNTUK PANGSAPURI KOS RENDAH
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Bilakah Kerajaan Negeri akan mula membantu menyediakan bas percuma untuk penduduk marhaen di pangsapuri kos rendah di Klang?
-
Berapakah kos tambahan yang perlu ditanggungkan oleh Kerajaan Negeri sekiranya Kerajaan Negeri membantu penduduk yang paling terkesan dengan ekonomi merudum?
33) HOTSPOT JENAYAH
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri menetapkan sesebuah kawasan itu hotspot jenayah dan senaraikan kawasan-kawasan yang dikenalpastikan sebagai kawasan hotspot jenayah di bawah Kerajaan Negeri Selangor?
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri apabila kawasan tersebut disenaraikan sebagai hotspot?
33) LOJI RAWATAN AIR SEMENYIH 2 DAN LABOHAN
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini pembinaan LRA Semenyih 2
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini pembinaan LRA Labohan Dagang.
-
Sila huraikan secara terperinci berapakah kapasiti air bersih yang bakal dihasilkan oleh kedua-dua LRA dan impak positif terhadap industri Air Selangor.
33) SKIM HIJRAH
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah skim Hijrah yang telah diagihkan dan adakah ia telah berjaya memberikan pulangan yang baik kepada Kerajaan Negeri?
33) JALAN ROSAK DAN LAMPU JALAN TIDAK MENYALA
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Penduduk Alam Jaya mengadu berkaitan jalan masuk ke Taman Alam Jaya yang rosak teruk. Apakah langkah-langkah yang sudah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menangani masalah tersebut?
-
Lampu Jalan di jalan masuk ke Taman Alam Jaya juga tidak berfungsi dan menimbulkan kebimbangan penduduk pada waktu malam. Apakah tindakan Kerajaan Negeri setakat ini?
33) PELABURAN ANTARABANGSA
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan jumlah pelaburan syarikat negara asing melabur di Selangor pada Tahun 2015 mengikut setiap PBT?
-
Berapa kali rombongan lawatan ke luar negara mempelawa pelabur dilakukan oleh kerajaan Dan jumlah dibelanjakan oleh setia rombongan?