4) PENCEMARAN AIR DI TASIK CEMPAKA
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Pada 9 Jun 2011 berlaku pencemaran air di Tasik Cempaka menyebabkan kematian hampir 30000 ikan. Apakah yang menyebabkan berlaku pencemaran di tasik berkenaan?
-
Apakah tindakan yang diambil oleh pihak Jabatan Alam Sekitar?
-
Adakah kaedah bagi menghalang pencemaran terus berlaku?
4) ANAK MUDA DALAM POLITIK
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar Kerajaan terhadap penglibatan anak muda dalam politik?
-
Apakah program yang dijalankan oleh Kerajaan untuk menanam kepada mereka kefahaman dan prinsip demokrasi tulen?
-
Apakah agensi dan siapakah anggota-anggota pasukan yang melaksanakan program ini?
4) PEMBERDAYAAN MASYARAKAT ORANG ASLI TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN PULAU CAREY DAN PELABUHAN CAREY
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif kerajaan bagi memberdayakan masyarakat orang asli tempatan (Mah Meri) untuk berada sejajar dengan persiapan pembangunan di Pulau Carey dan Pelabuhan Carey?
-
Apakah status kampung orang asli Sungai Kurau dalam pembangunan Pelabuhan Carey?
4) PEMBANGUNAN USAHAWAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua inisiatif pembangunan usahawan yang terkini di Selangor.
-
Adakah usaha kerajaan mencapai sasaran yang ditetapkan?
-
Senaraikan bilangan peserta bagi setiap inisiatif yang telah ditawarkan bagi tahun 2024.
4) BAKUL MAKANAN MAHASISWA
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah mahasiswa Selangor yang menerima bantuan bakul makanan di IPTA dan IPT milik Kerajaan Negeri Selangor?
-
Senaraikan IPT yang terlibat dalam Program Bakul Makanan Mahasiswa.
-
Berapakah peruntukan keseluruhan bagi program tersebut?
4) RIZAB PIHAK BERKUASA TEMPATAN(PBT)
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan butiran terperinci mengenai jumlah Rezab setiap PBT di Negeri Selangor sejak tahun 2008 hingga 2011 ?
-
Sila nyatakan apakah pendekatan yang bakal diambil oleh PBT Negeri Selangor dalam usaha memperkukuhkan rezab dan sekaligus memberi perkhidmatan yang berkualiti, cepat dan mesra kepada rakyat ?
-
Sila nyatakan apakah bentuk ganjaran dan insentif yang bakal diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada mana-mana PBT yang dapat mencapai matlamat tersebut ?
4) TEKNOLOGI HIJAU
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menggunakan muka sauk tasik dan empangan untuk meletak panel solar untuk menjanakan tenaga yang boleh diperbaharui?
-
Jika ya, di mana projek-projek ini bakal dilaksanakan?
4) TIADA CUKAI TAKSIRAN BAGI RUMAH PANGSA KOS RENDAH
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Bagaimana program ini dapat merangsang perkembangan ekonomi Selangor?
-
Berapakah jumlah kehilangan pendapatan bagi semua PBT seluruh Selangor?
-
Bagaimana PBT mahu menampung kehilangan pendapatan ini?
4) PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan mempunyai rancangan atau 'road-map' untuk mengambil alih pengurusan sisa pepejal daripada Alam Flora Sdn. Bhd.?
-
Apakah rancangan dan strategi kerajaan dalam menggalakkan kitar semula ?
-
Apakah rancangan kerajaan dan 'road -map' dalam menggunakan teknologi pelupusan sampah yang mesra alam?
4) KEBAJIKAN GOLONGAN WARGA EMAS DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Apakah rancangan jangka panjang Kerajaan Negeri untuk golongan Warga Emas di Negeri Selangor?