33) SJKC SG LONG DAN SJKC KAJANG 2
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Berikutan pengumuman pihak Lembaga Pengarah SJKC Sg Long dan SJKC Kajang 2 bahawa kos pembinaannya yang disalurkan oleh kerajaan pusat mungkin tidak mencukupi, apakah rancangan kerajaan untuk membantu pembinaan kedua-dua sekolah tersebut agar pembinaannya tidak terbengkalai ?
33) PENGANGKUTAN AWAM UNTUK PANGSAPURI KOS RENDAH
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Bilakah Kerajaan Negeri akan mula membantu menyediakan bas percuma untuk penduduk marhaen di pangsapuri kos rendah di Klang?
-
Berapakah kos tambahan yang perlu ditanggungkan oleh Kerajaan Negeri sekiranya Kerajaan Negeri membantu penduduk yang paling terkesan dengan ekonomi merudum?
33) HOTSPOT JENAYAH
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri menetapkan sesebuah kawasan itu hotspot jenayah dan senaraikan kawasan-kawasan yang dikenalpastikan sebagai kawasan hotspot jenayah di bawah Kerajaan Negeri Selangor?
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri apabila kawasan tersebut disenaraikan sebagai hotspot?
33) LOJI RAWATAN AIR SEMENYIH 2 DAN LABOHAN
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini pembinaan LRA Semenyih 2
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini pembinaan LRA Labohan Dagang.
-
Sila huraikan secara terperinci berapakah kapasiti air bersih yang bakal dihasilkan oleh kedua-dua LRA dan impak positif terhadap industri Air Selangor.
33) PROJEK PEMBERSIHAN DAN PEMULIHAN SUNGAI KLANG
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini berhubung perlaksanaan projek pembersihan dan pemulihan Sungai Klang yang dilaporkan kosnya mencecah RM 10 bilion.
33) SKIM HIJRAH
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah skim Hijrah yang telah diagihkan dan adakah ia telah berjaya memberikan pulangan yang baik kepada Kerajaan Negeri?
33) JALAN ROSAK DAN LAMPU JALAN TIDAK MENYALA
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Penduduk Alam Jaya mengadu berkaitan jalan masuk ke Taman Alam Jaya yang rosak teruk. Apakah langkah-langkah yang sudah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menangani masalah tersebut?
-
Lampu Jalan di jalan masuk ke Taman Alam Jaya juga tidak berfungsi dan menimbulkan kebimbangan penduduk pada waktu malam. Apakah tindakan Kerajaan Negeri setakat ini?
33) PELABURAN ANTARABANGSA
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan jumlah pelaburan syarikat negara asing melabur di Selangor pada Tahun 2015 mengikut setiap PBT?
-
Berapa kali rombongan lawatan ke luar negara mempelawa pelabur dilakukan oleh kerajaan Dan jumlah dibelanjakan oleh setia rombongan?
33) ADUAN MBPJ
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila butirkan statistik aduan yang diterima oleh MBPJ mengikut kategori atau jenis aduan dari tahun 2013-2017.
-
Sila juga butirkan statistik aduan tersebut mengikut kawasan (seksyen).
-
Sila juga butirkan bilangan aduan tersebut yang berjaya diselesaikan dalam tempoh piawaian
33) PELUANG PEKERJAAN BIDANG BERKEMAHIRAN TINGGI
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan dalam menyediakan peluang pekerjaan khususnya bidang berkemahiran tinggi dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing?