33) TANAH TOL UNTUK TERNAKAN UDANG
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan nama-nama Syarikat atau individu yang telah diberikan TOL dan keluasannya khususnya di persisiran pantai dari Sekinchan ke Tanjung Karang untuk tujuan ternakan Udang ?
-
Sila nyatakan apakah implikasi terhadap Ekosistem dan hakisan pantai persekitaran kawasan ternakan Udang yang banyak menebang pokok kayu paya bakau ?
-
Sila nyatakan kenapa tiada tindakan yang diambil oleh Lembaga Urus Air Selangor dan Jabatan Perhutanan walaupun penduduk kampung telah membuat aduan demi aduan terhadap aktiviti berkenaan ?
33) HALA TUJU UNTUK MEMBANGUNKAN KAMPUNG-KAMPUNG CINA
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Sila sebutkan hala tuju untuk membangunkan kampung-kampung Cina
-
Apakah program yang telah dilaksanakan sejak tahun 2008 untuk membangunkan kampung-kampung Cina. Sila jelaskan mengikut kampung bersama dengan peruntukkan yang sudah dibelanjakan
33) KUALITI AIR TASIK BEKAS LOMBONG
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah kerajaan mengesahkan bahawa kualiti air yang dipamkan dari beberapa tasik bekas lombong ke dalam Sungai Selangor adalah selamat untuk dirawat oleh LRA?
-
Lampirkan laporan-laporan yang berkenaan.
33) KES PEMBUANGAN BAYI
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah kes pembuangan bayi di Selangor mengikut bangsa bagi tahun 2007 hingga Sept 2010
-
Apakah hukuman atau denda yang di kenakan kepada pasangan yang membuang bayi?
-
Apakah bentuk pencegahan, kaunseling dan tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa bagi menyekat kes ini terus berlaku
33) PROGRAM SPIES
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah peserta yang telah mengikuti SPIES dari 2008 hingga kini megikut kelompok sasaran.
-
Apakah ukuran kejayaaan atau peningkatan program SPIES hingga kini?
-
Apakah asas pembelajaran dalam program SPIES dan adakah ia bebas daripada menjadi alat doktrin politik kepartian?
33) JANJI MANIFESTO
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Manifesto Pakatan Rakyat (PKR dan PAS) ada menggariskan "bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah" dan "bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri". Apakah kerajaan negeri telah bersedia untuk melaksanakan dua janji tersebut?
-
Menurut kajian kerajaan negeri berapakah implikasi kewangan yang perlu ditanggung?
33) BAYARAN CUKAI KEPADA KERAJAAN PUSAT
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah pembayaran cukai rakyat Negeri Selangor kepada Kerajaan Pusat untuk tahun 2010 dan 2011 dan berapakah peratus penyumbangan tersebut dibandingkan dengan negeri-negeri yang lain ?
-
Menurut amalan Kerajaan Pusat sebelum tahun 2008, berapa peratus kah dari jumlah pembayaran cukai disalurkan kembali kepada Kerajaan Negeri Selangor ?
-
Sila senaraikan jumlah pembayaran cukai yang sepatutnya diterima dan jumlah pembayaran cukai yang pada hakikatnya diterima dari Kerajaan Pusat kepada rakyat Selangor sepanjang tahun 2009 hingga 2011.
33) LOT TANAH TERBIAR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan kerajaan bagi lot persendirian terbiar yang menyebabkan masalah semak samun dan masalah kebersihan bagi jiran?
-
Adakah kerajaan merancang untuk menambahbaik akta yang sedia ada untuk memastikan pemilik tanah menjaga kebersihan tanah sendiri?
33) PELABURAN ASING
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Akibat dari masalah ekonomi yang melanda negara, apakah wujud penarikan balik pelaburan oleh pelabur-pelabur asing di Selangor?
-
Jika berlaku, apakah kesannya kepada ekonomi Selangor?
-
Apakah insentif yang disediakan kerajaan negeri untuk menarik pelabur asing kekal melabur di Selangor?
33) Kaitan Negeri Lain Dengan Masalah Air Negeri Selangor
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Mulut
-
Adakah Selangor mendapat sumber bekalan air dari Negeri lain terutama negeri-negeri jiran?
-
Adakah pernah berlaku gangguan bekalan air berpunca dari Negeri jiran?
-
Apakah wujud kerjasama antara negeri Selangor dan negeri lain dalam isu bekalan air?