32) PENGERUSI JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan bagaimanakah pencapaian prestasi Pengerusi JKKK Kampung tradisi , Kampung Baru dan Bagan serta Kampung tersusun ?
-
Sila nyatakan apakah bentuk usaha yang dijalankan oleh pihak Kerajaan Negeri bagi mempertingkatkan peranan dan mutu perkhidmatan mereka terhadap masyarakat setempat
-
Apakah pihak Kerajaan mempunyai perancangan secara holistik untuk meningkatkan kebajikan Pengerusi JKKK termasuk menaikkan elaun yang sedia ada dan juga memberi ganjaran kepada mereka yang dapat menunjukkan perkhidmatan yang cemerlang ?
32) PJD LINK
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini permohonan untuk pembinaan projek lebuhraya PJD-Link?
-
Butirkan semua mesyuarat yang telah diadakan tahun ini berkaitan lebuhraya ini?
32) MASALAH ARAK
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk menangani isu penjualan arak di kedai serbaneka/runcit secara haram/tanpa lesen?
-
Adakah PBT mengambil tindakan serius ke atas premis-premis yang menjual arak selepas jam 9 malam?
32) PUNGUTAN SAMPAH
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah syarikat konsensi pungutan sampah di Selangor dan nyatakan kawasan perkhidmatan masing-masing?
-
Berapa banyak sampahkah yang dipungut dalam sehari mengikut kawasan PBT?
-
Apakah perancangan kerajaan bagi mengurangkan masalah sampah di Selangor?
32) PERANAN WKB2030
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Sallehudin Bin Amiruddin
Kategori: Mulut
-
Baru-baru ini kerajaan pusat telah melancarkan WKB2030. Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh Kerajaan Negeri dalam merialisasikan WKB2030?
32) TABUNG BENCANA ALAM NEGERI
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan status terkini dana tersebut ?
-
Sila nyatakan jumlah mangsa yang menerima bantuan Tabung tersebut bagi tahun 2010 -2013 mengikut pecahan daerah ?
-
Sila nyatakan apakah langkah proaktif yang dilakukan oleh Kerajaan bagi memastikan bantuan Tabung Bencana cepat sampai kepada mangsa ?
32) LOJI RAWATAN AIR SEMENYIH 2
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini pembinaan LRA Semenyih 2?
-
Adakah Kerajaan Negeri menghadapi sebarang masalah dalam membina LRA tersebut?
-
Bagaimana Kerajaan Negeri memastikan ia siap dalam tempoh ditetapkan?
32) ASET BUKIT BERUNTUNG GOLF & COUNTRY RESORT BERHAD (BBGC)
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan aset tunai dan lokasi serta nilai hartanah BBGC?
-
Adakah aset-aset ini dapat membantu mengukuhkan prestasi BBGC?
32) MASALAH BANJIR DI DUN SENTOSA
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kawasan tadahan air yang belum lagi digazetkan dan nyatakan tempat-tempat berkenaan di DUN Sentosa?
-
Bagaimanakah prestasi pam air yang baru di Kunci Air Sungai Aur dalam menangani masalah banjir dan air pasang besar?
-
Bilakah kerja-kerja perlebaran dan mendalamkan Sungai Aur akan dijalankan?
32) KOLAM DAN TASIK TERBIAR DI HULU SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat mewartakan kolam dan tasik terbiar di Hulu Selangor? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat menjadikan sebahagian kolam dan tasik terbiar di Hulu Selangor sebagai kawasan riadah? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.