32) SKIM KESIHATAN
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Memandangkan kerajaan negeri telah melaksanakan program MammoSEL untuk golongan wanita, adakah kerajaan negeri bercadang untuk melaksanakan skim kesihatan untuk golongan yang lain termasuk golongan lelaki dan warga emas? Jika tidak, mengapa?
32) WUJUD MPKK BARU DI DUN RAWANG
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan kini atas cadangan wujud MPKK di Kampung Sungai Samak dan Kampung Baru Batu Arang?
32) SKIM KESELAMATAN KEJIRANAN PANGSAPURI SELANGOR (SEROJA)
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
-
Sejauhmanakah program SEROJA memainkan peranan dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman rakyat yang mendiami terjamin?
-
Adakah Badan Pengurusan Bersama (JMB) turut terlibat?
-
Nyatakan prosedur mewujudkan SEROJA di kawasan tersebut?
32) Agrosel
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Apakah fungsi sebenar Agrosel dan berapakah jumlah peruntukan dan juga aset semasa Agrosel ini dan sejauh manakah Agrosel telah berjaya membantu para petani di Negeri Selangor?
32) HAL EHWAL SELAIN ISLAM
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah tanah yang diperuntukkan bagi rumah ibadat bukan Islam?
-
Senaraikan purata keluasan tanah yang telah diberikan kepada rumah ibadat bukan Islam.
32) PERUNTUKAN JKM NEGERI
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri untuk peruntukan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tujuan permohonan bantuan yang dikeluarkan?
-
Bolehkah disenaraikan perbelanjaan yang dikeluarkan mengikut jenis bantuan yang dikeluarkan?
32) KOLAM TAKUNGAN AIR
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan perkembangan projek kolam takungan di Sungai Gong
-
Apakah cara dan jadual untuk penyelesaian projek sakit tersebut?
32) GAJI GURU KAFA
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan negeri mempunyai cadangan untuk menambah elaun guru-guru KAFA ?
-
Nyatakan jumlah guru KAFA di Negeri Selangor mengikut daerah dari tahun 2008 hingga 2014
32) PENCAHAYAAN KAWASAN PADA WAKTU MALAM
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan butiran jumlah perbelanjaan pencahayaan waktu malam di seluruh negeri Selangor mengikut pecahan daerah dan berapakah perbelanjaan di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)?
-
Apakah garis panduan dan peraturan bagi pencahayaan taman-taman permainan pada waktu malam di kawasan-kawasan taman perumahan?
-
Adakah terdapat rekod aduan yang mengaitkan peningkatan jenayah berkadar dengan kawasan-kawasan gelap yang mempunyai kurang pencahayaan pada waktu malam?
32) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI YANG DIFAILKAN DI MAHKAMAH
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan projek perumahan terbengkalai di Selangor yang telah difailkan di mahkamah oleh pihak-pihak tertentu menyebabkan pemulihan terpaksa ditangguhkan.
-
Apakah keputusan mahkamah terhadap projek perumahan terbengkalai di Lembah Beringin?