32) BERKOMUNIKASI MAKLUMAT
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Mengapakah ahli-ahli dewan tidak diberitahu hal-hal atau perkara-perkara yang berlaku dalam kawasan masing-masing terutamanya oleh pihak berkuasa tempatan?
-
Patutkah tidak ahli-ahli dewan dimaklumkan berkenaan segala aktiviti atau pelan yang melibatkan kawasan masing-masing sebelum keputusan dibuat?
-
Adakah pihak kerajaan negeri akan mengeluarkan arahan kepada semua pejabat- pejabat dan atau badan-badan kerajaan negeri supaya segala maklumat yang melibatkan kawasan seseorang ahli dewan diberikan dan penglibatan ahli dewan diwajibkan sebelum sebarang keputusan dilakukan?
32) LEBUHRAYA DASH
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Apakah keputusan muktamad kerajaan negeri berkenaan pembinaan lebuhraya DASH?
-
Apakah maklum balas kerajaan negeri berhubung memorandum ÒYes To DASHÓ?
32) BANTUAN KEPADA PETANI DAN NELAYAN
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Apakah bantuan yang diberi kepada petani dan nelayan?
32) PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR (PKPS)
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan tanah-tanah yang dimiliki oleh PKPS di kawasan DUN Rawang.
-
Apakah perancangan atas tanah-tanah tersebut untuk membantu pengusaha pertanian?
-
Apakah perancangan dan pembangunan atas Fruit Valley Selangor?
32) KUPON AIR PERCUMA UNTUK PERUMAHAN PANGSA
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Senaraikan perumahan pangsa yang telah diberikan kupon air percuma ini dan sedang menikmati air percuma sekarang
-
Apakah perancangan pihak Kerajaan Negeri untuk mempercepatkan usaha melaksanakan pemberian air percuma ini kepada rakyat terutamanya yang menduduki perumahan pangsa kos rendah?
32) BIASISWA NEGERI SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peserta yang telah memohon dan berjaya menyertai Program Khas Biasiswa Selangor Bitara?
-
Berapakah kos yang telah dikeluarkan untuk program ini?
-
Apakah rancangan Kerajaan untuk program tersebut?
32) PROJEK PELEBARAN JALAN FT54, SUNGAI BULOH
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah rumah penduduk di sepanjang jalan yang terlibat dalam projek pelebaran jalan ini?
-
Adakah penduduk tersebut menerima pampasan atau ganti rugi?
32) RAMPASAN TANAH
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua tanah yang telah dirampas oleh Kerajaan Negeri kerana tidak membayar cukai tanah dalam 3 tahun yang lepas
-
Senaraikan semua tanah yang telah dirampas oleh Kerajaan Negeri kerana sebab lain dalam 3 tahun yang lepas. Sila beri sebab rampasan dibuat
-
Apakah prosedur Kerajaan Negeri untuk merampas tanah di mana rumah atas tanah tersebut adalah dalam keadaan terbiar dan usang?
32) PEKERJA LADANG
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Senaraikan bantuan kerajaan negeri kepada pekerja ladang di Selangor pada tahun 2014 mengikut PBT?
-
Berapakah peruntukan yang disediakan bagi meningkatkan kualiti kehidupan pekerja ladang pada tahun 2015?
32) BANTUAN RUMAH KERAJAAN PRIHATIN
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah permohonan bantuan rumah kerajaan prihatin yang diterima bagi daerah Klang bagi tempoh 2008 hingga 2010. Berapakah permohonan yang berjaya dilaksanakan bagi tempoh tersebut