32) JANGKITAN COVID-19 KLUSTER INDUSTRI
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Berapa banyakkah kilang-kilang industri yang tidak mematuhi SOP pencegahan jangkitan COVID-19 di Selangor?
-
Berapa ramai yang disyaki dijangkiti di dalam industri semasa mereka bekerja?
32) BERKOMUNIKASI MAKLUMAT
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Mengapakah ahli-ahli dewan tidak diberitahu hal-hal atau perkara-perkara yang berlaku dalam kawasan masing-masing terutamanya oleh pihak berkuasa tempatan?
-
Patutkah tidak ahli-ahli dewan dimaklumkan berkenaan segala aktiviti atau pelan yang melibatkan kawasan masing-masing sebelum keputusan dibuat?
-
Adakah pihak kerajaan negeri akan mengeluarkan arahan kepada semua pejabat- pejabat dan atau badan-badan kerajaan negeri supaya segala maklumat yang melibatkan kawasan seseorang ahli dewan diberikan dan penglibatan ahli dewan diwajibkan sebelum sebarang keputusan dilakukan?
32) ISU TANAH RUNTUH DAN TANAH PEMILIK TERBIAR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan terkini mengenai isu penyelesaian tanah runtuh di Rawang Perdana 5 dan Bukit Rawang Jaya?
-
Apakah tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan dan penduduk sekiranya pemilik tanah tidak menjaga tanah miliknya yang boleh mengancam keselamatan atau mengganggu kehidupan jiran-jirannya?
32) BANJIR KILAT KAWASAN PERUMAHAN
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan jangka masa panjang untuk menyelesaikan masalah banjir kilat yang kerap berlaku di Taman Sentosa dan Bandar Botanik sejak akhir-akhir ini?
-
Huraikan sebab-sebab banjir kilat berlaku di kawasan Taman Sentosa dan Bandar Botanik.
-
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk meningkatkan sumbangan bencana banjir / kebakaran kepada mangsa?
32) LEBUHRAYA DASH
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Apakah keputusan muktamad kerajaan negeri berkenaan pembinaan lebuhraya DASH?
-
Apakah maklum balas kerajaan negeri berhubung memorandum ÒYes To DASHÓ?
32) STATUS PEMILIKAN TANAH PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PPDK) SAUJANA UTAMA
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Mulut
-
Apakah status semasa pemilikan tanah tapak PPDK ini?
-
Apakah Kerajaan Negeri merancang untuk membangunkan tanah ini?
-
Adakah tanah ini boleh diserahkan kepada persatuan penduduk berhampiran bagi tujuan pembangunan dan pengurusan PPDK?
32) BANTUAN KEPADA PETANI DAN NELAYAN
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Apakah bantuan yang diberi kepada petani dan nelayan?
32) PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR (PKPS)
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan tanah-tanah yang dimiliki oleh PKPS di kawasan DUN Rawang.
-
Apakah perancangan atas tanah-tanah tersebut untuk membantu pengusaha pertanian?
-
Apakah perancangan dan pembangunan atas Fruit Valley Selangor?
32) BAS SMART SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Selangor menjalankan kajian impak perlaksanaan Bas Smart Selangor di Selangor?
-
Adakah impak yang memberansangkan?
-
Berapakah kos yang dikeluarkan Kerajaan Negeri dalam melaksanakan Program Bas Smart Selangor?
32) RAMPASAN TANAH
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua tanah yang telah dirampas oleh Kerajaan Negeri kerana tidak membayar cukai tanah dalam 3 tahun yang lepas
-
Senaraikan semua tanah yang telah dirampas oleh Kerajaan Negeri kerana sebab lain dalam 3 tahun yang lepas. Sila beri sebab rampasan dibuat
-
Apakah prosedur Kerajaan Negeri untuk merampas tanah di mana rumah atas tanah tersebut adalah dalam keadaan terbiar dan usang?