32) PERUNTUKAN JKM NEGERI
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri untuk peruntukan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tujuan permohonan bantuan yang dikeluarkan?
-
Bolehkah disenaraikan perbelanjaan yang dikeluarkan mengikut jenis bantuan yang dikeluarkan?
32) KOLAM TAKUNGAN AIR
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan perkembangan projek kolam takungan di Sungai Gong
-
Apakah cara dan jadual untuk penyelesaian projek sakit tersebut?
32) GAJI GURU KAFA
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan negeri mempunyai cadangan untuk menambah elaun guru-guru KAFA ?
-
Nyatakan jumlah guru KAFA di Negeri Selangor mengikut daerah dari tahun 2008 hingga 2014
32) PENCAHAYAAN KAWASAN PADA WAKTU MALAM
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan butiran jumlah perbelanjaan pencahayaan waktu malam di seluruh negeri Selangor mengikut pecahan daerah dan berapakah perbelanjaan di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)?
-
Apakah garis panduan dan peraturan bagi pencahayaan taman-taman permainan pada waktu malam di kawasan-kawasan taman perumahan?
-
Adakah terdapat rekod aduan yang mengaitkan peningkatan jenayah berkadar dengan kawasan-kawasan gelap yang mempunyai kurang pencahayaan pada waktu malam?
32) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI YANG DIFAILKAN DI MAHKAMAH
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan projek perumahan terbengkalai di Selangor yang telah difailkan di mahkamah oleh pihak-pihak tertentu menyebabkan pemulihan terpaksa ditangguhkan.
-
Apakah keputusan mahkamah terhadap projek perumahan terbengkalai di Lembah Beringin?
32) SATU KAMPUNG SATU PADANG
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan membuat satu padang di setiap kampung untuk kegunaan penduduk kampung untuk riadah dan rekreasi serta bersukan seperti padang bola, gelanggang futsal dan sebagainya?
32) INSTITUT DARUL EHSAN (IDE)
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam mengupaya serta meningkatkan peranan Institut Darul Ehsan (IDE) sebagai agensi kajian dasar, intelektual dan kebudayaan khusus dalam memberdaya generasi muda di Selangor?
32) PROGRAM KAMPUNGKU KESAYANGANKU (PKK)
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Apakah status pelaksanaan PKK?
-
Nyatakan program atau aktiviti yang telah dilaksanakan melalui program ini.
-
Senaraikan kampung yang terlibat dalam menjayakan PKK.
32) PENGUATKUASAAN SEKSYEN 26(I) DAN (II) AKTA 172 DI MERU
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyakkah pemilik tanah pertanian di Kampung Meru yang telah di ambil tindakan di bawah Seksyen 26 (i) (a) dan Seksyen 26 (i) (b) Akta 172 yang melanggar syarat penggunaan tanah pertanian dengan mendirikan rumah-rumah sewa dan penjualan lot-lot lidi yang bersifat aktiviti perniagaan?
32) PENCEMARAN UDARA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan tindakan penguatkuasaan telah diambil oleh kerajaan disebabkan pencemaran udara dalam DUN Rawang.
-
Apakah langkah-langkah mengatasi pencemaran udara dan habuk yang berasal daripada Blacktop Industries Sdn Bhd kepada kawasan perumahan di Batu 15, Rawang?