31) PENGURUSAN SAMPAH DI KAMPUNG-KAMPUNG
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan masih meneruskan cadangan untuk menguruskan masalah sampah pepejal di setiap kampung yang teruk menghadapi masalah tersebut sekarang?
-
Jika ya, bilakah akan dimulakan dan pihak mana yang akan dipertanggungjawabkan?
31) Pelaburan Domestik
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Berapakah nilai pelaburan yang masuk ke Negeri Selangor sejak Januari 2020 hingga sekarang mengikut kategori dan jenis pelaburan?
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi memastikan pelaburan di Selangor sentiasa diyakini oleh pelabur?
31) PASAR AWAM DUN SENTOSA
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk membina pasar awam di DUN Sentosa?
31) PROGRAM MENAMBAHKAN PENDAPATAN ISU RUMAH TERUTAMA IBU TUNGGAL DAN MISKIN
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Apakah bentuk program yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan negeri kepada golongan ibu tunggal dan miskin untuk menambahkan pendapatan isirumah?
31) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan kerajaan untuk penyediaan Rumah Mampu Milik? Apakah perbezaannya dengan Rumah Kos Rendah dan berapa unit yang sudah dibina?
31) STATISTIK INSIDEN JENAYAH
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan dengan terperinci bilangan insiden jenayah yang berlaku dan jenisnya mengikut daerah dalam Selangor
-
Apakah pelan tindakan di pihak kerajaan negeri bagi menangani insiden jenayah?
-
Bagaimana cadangan polis bantuan dapat membantu mengawal keadaan dan insiden jenayah?
31) PROGRAM BANTUAN BLUEPRINT PEMBASMIAN KEMISKINAN
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Apakah prosedur dan masa yang perlu diambil untuk kelulusan Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan?
-
Apakah perancangan Kerajaan untuk menambahbaik program ini?
31) SAMPAH
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
YAB Dato' Menteri Besar mahukan masalah sampah diselesaikan dalam masa 3 bulan, apakah bentuk pendekatan yang diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut?
-
Sekiranya gagal apakah langkah seterusnya?
-
Apakah status perkembangan terkini permasalahan tersebut sama ada positif atau negatif?
31) PENGUATKUASAAN PBT
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Mengapakah terdapat perbezaan di antara PBT dalam kerja-kerja penguatkuasaan walaupun tergolong dalam kategori Majlis Perbandaran?
-
Apakah tindakan yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan terhadap premis perniagaan yang beroperasi tanpa tong sampah?
-
Mampukah kerajaan Negeri membekalkan tong sampah kepada Majlis Perbandaran yang tidak mempunyai bajet?
31) DASAR SETINGGAN (PENEROKA BANDAR)
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Apakah jumlah setinggan (peneroka bandar) yang terkini dalam Selangor mengikut PBT dan senaraikan butir-butimya (Iokasi,j umlah setinggan)
-
Berapakah jumlah kos yang telah diperuntukkan untuk penempatan setinggan lima tahun yang lepas mengikut PBT dan senaraikan butir-butimya. (Iokasi, jumlah setinggan, jumlah nilai
-
Apakah dasar setinggan (peneroka bandar) kerajaan negeri Selangor terutamanya dalam soal pampasan serta penempatan setinggan?