31) PERANCANGAN RUMAH MAMPU MILIK PKNS
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
PKNS merancang membina 18,037 unit rumah mampu milik pada 2014- 2020. Berapakah jumlah kos pelaburan untuk pembinaan unit-unit tersebut?
-
Berapa peratuskah sasaran pemilikan rumah untuk golongan Bumiputera?
-
Adakah PKNS membuat kajian keperluan untuk menetapkan jumlah unit, jenis dan lokasi pembinaannya?
31) INSENTIF SUKAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah insentif yang diterima oleh para atlet yang berjaya mendapat tempat di SUKMA?
-
Apakah jumlah tersebut memadai bagi setiap atlet?
31) INFORMASI MENGENAI BAJET NEGERI SELANGOR UNTUK 5 TAHUN YANG LEPAS
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan secara terperinci kedudukan kewangan tahun semasa/terkini dan untuk 5 tahun yang lepas bagi negeri Selangor berdasarkan tajuk-tajuk am seperti berikut :- i) Lembaran imbangan dan hasil dan perbelanjaan dengan jadual-jadual sokongan ii) Akaun untung rugi dan aliran wang iii) Pecahan bagi struktur perbelanjaan, struktur hasil dan lembaran imbangan iv) Kawasan-kawasan utama perbelanjaan mengikut aktiviti v) Kawasan-kawasan utama hasil mengikut aktiviti vi) Kawasan-kawasan utama kerugian
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mengurangkan kehilangan/kerugian bagi tempoh 5 tahun yang lepas?
-
Sila senaraikan nama-nama dan aktiviti-aktiviti GLC/anak syarikat kerajaan utama di dalam negeri dan kedudukan kewangan anak syarikat-anak-syarikat tersebut bagi tempoh 5 tahun yang lepas sehingga kini?
31) GERAN SELANGORKU Ð DARI KEBAJIKAN KEPADA PEKERJAAN
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah objektif-objektif yang digariskan bagi program ini?
-
Bagaimanakah geran RM20 juta ini akan disalurkan?
-
Apakah institusi-institusi serta penempatan latihan vokasional dan kemahiran yang telah disenaraikan oleh Kerajaan Negeri?
31) AKTIVITI KEDAI MESIN JUDI / RUMAH URUT
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Kegiatan mesin judi serta rumah urut makin berleluasa di kawasan Pelabuhan Klang. Mengapakah pihak PBT tidak mengambil tindakan segera dalam membendung dan menangani permasalahan ini?
-
Apakah peniaga-peniaga tersebut mempunyai lesen perniagaan yang sah?
-
Sila nyatakan senarai terkini peniaga-peniaga tersebut di kawasan Pelabuhan Klang?
31) PENULARAN PENYAKIT TB
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Berapakah kes penyakit TB yang telah disahkan di negeri Selangor?
-
Apakah punca-punca penyakit ini menular semula di negeri Selangor?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi mencegah penularan penyakit ini di negeri Selangor?
31) PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Apakah program-program yang telah dijalankan untuk memupuk budaya membaca di Selangor?
-
Berapa banyak koleksi buku-buku di perpustakaan-perpustakaan di bawah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan perpustakaan-perpustakaan PBT di seluruh Selangor mengikut Bahasa Malaysia, Bahasa Mandarin, Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil?
31) PROGRAM PENDEMOKRASIAN DI 56 DUN SELANGOR (SEMAKAN DAFTAR PEMILIH DAN BANTAHAN)
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik jumlah bantahan pengundi yang dilakukan mengikut 56 kawasan DUN menggunakan peruntukan tersebut?
-
Adakah program bebas daripada salah guna kuasa kerana ia menggunakan wang rakyat untuk kepentingan parti politik tertentu?
31) TUNGGAKAN BIL AIR PANGSAPURI TAIPAN
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Merujuk kepada Usul No. 19 Tahun 2010 berkenaan ÓTunggakan Bil Air Pangsapuri TaipanÓ: Apakah jawapan SYABAS terhadap saranan Kerajaan Negeri melalui LPHS bagi penyelesaian masalah tersebut?
-
Berapakah pertambahan tunggakan bil air bagi tahun 2010?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam mengatasi masalah kebocoran air bagi jangka masa panjang?
31) ISU HAKMILIK TANAH DUN RAWANG
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan status kini proses permohonan hakmilik tanah untuk kawasan perumahan Kampung Sungai Terentang, Taman Bukit Rawang Jaya & Jalan Stesen, Batu Arang.