31) PROJEK RUMAH TERBENGKALAI

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah projek perumahan terbengkalai yang terdapat di kawasan DUN Sentosa sehingga tahun 2021?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan nama pemaju yang membina projek perumahan yang terbengkalai di DUN Sentosa.

    Klik jawapan »

31) STATUS MPKK

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Mulut


  1. Apakah status MPKK setelah kerajaan Pakatan Harapan pusat bertukar kepada Perikatan Nasional?

    Klik jawapan »

  2. Adakah pengerusi dan ahli jawatankuasa MPKK yang sebelum ini daripada parti bersatu ditukar kepada pengerusi yang baru dalam kalangan pakatan harapan?

    Klik jawapan »

31) KURSUS KHAS MELIBATKAN PEMIMPIN MASYARAKAT

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut


  1. Adakah ada dalam perancangan Kerajaan Negeri untuk melibatkan pemimpin masyarakat seperti Penghulu, Ketua Kampung dan Nazir Masjid diberi kursus khas berkaitan rundingcara atau kaunseling keluarga? Memandangkan mereka menjadi rujukan utama masyarakat

    Klik jawapan »

31) UNDANG-UNDANG KECIL PBT

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis


  1. Butirkan semua pindaan kepada undang undang kecil yang dilakukan oleh setiap PBT di Selangor dari 2013-2017

    Klik jawapan »

31) BANGUNAN TEATER DICEROBOH

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009 berkenaan Majlis Bandaraya Shah Alam di muka surat 79: Apakah faktor-faktor yang menyebabkan bangunan belum beroperasi walaupun sudah siap sepenuhnya pada bulan Ogos 2008?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah kerugian yang ditanggung akibat aktiviti ceroboh tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang diambil bagi meningkatkan taraf teater, kesenian dan kebudayaan di Negeri Selangor dengan beroperasinya teater itu kelak?

    Klik jawapan »

31) ADUAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG (MPK)

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah aduan kes berkenaan (pot-hole) yang diselesaikan oleh pihak MPK di DUN Sentosa?

    Klik jawapan »

  2. Sejauh manakah keberkesanan lantikan kontraktor KDEB daripada PBT Kerajaan Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

31) HAKMILIK BARU DIKELUARKAN UNTUK PROJEK SAKIT ATAUPUN PROJEK TERBENGKALA

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut


  1. Apakah polisi Kerajaan Negeri untuk menjaga kepentingan pembeli rumah projek sakit / terbengkalai?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah hakmilik baru ("new title/geran") telah dikeluarkan untuk projek sakit / projek terbengkalai sehingga masa kini?

    Klik jawapan »

31) MASALAH EKONOMI GLOBAL – PEMBERHENTIAN KERJA

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut


  1. Semakin ramai rakyat hilang pekerjaan sejak pandemik melanda. Apakah tindakan dan langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri berkenaan dengan masalah tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah dengan dasar Kerajaan Negeri yang ingin menjadikan Selangor sebagai kerajaan maju dan berkebajikan seandainya masalah pengangguran semakin bertambah?

    Klik jawapan »

31) PENEROKA BANDAR (SETINGGAN)

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Negeri dulu telah memberikan bayaran ganti rugi sebanyak RM7000 kepada para peneroka Bandar (setinggan) yang dipindahkan melalui 'Setinggan Sifar', tetapi bayaran ini ditarik balik apabila para peneroka Bandar mempertikaikan pengimplementasian polisi 'Setinggan Sifar " dan pengusiran paksa di Mahkamah . Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk membayar semula ganti rugi tersebut kepada mereka yang telah dinafikannya?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengelakkan PBT menggunakan Ordinan Darurat , 1969 untuk melaksanakan pengusiran paksa ?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk menyediakan perumahan kos rendah yang mencukupi agar para peneroka Bandar ( setinggan ) dapat membelinya pada masa terdekat ?

    Klik jawapan »

31) PENDIDIKAN KHUSUS TVET

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut


  1. Apakah ada usaha dari kerajaan untuk memberikan pendidikan TVET khusus bagi para pelajar yang gagal dalam akademik?

    Klik jawapan »