31) BILLBOARDS
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Apakah kriteria-kriteria atau garis-panduan yang dikenakan kepada billboards yang dipasang di seluruh Negeri Selangor?
-
Apakah tindakan kerajaan negeri Selangor terhadap billboards yang masih memaparkan wajah-wajah warga asing yang kadang-kadang membawa imej dan budaya yang bukan melambangkan malah mencemarkan budaya kita?
31) BANTUAN BENCANA KEBAKARAN DAN BANJIR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
-
Bertanya kepada Y.A.B. DatoÕ Menteri Besar adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk meningkatkan sumbangan bencana kebakaran kepada mangsa ?
31) ALAM SEKITAR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Mengapakah banyak Ôrecycle binÕ kerajaan Negeri telah tergendala di Petaling Jaya?
-
Adakah ia akan di roboh supaya tidak menjadi tempat membuang sampah? (kontraktor sampah PBT tidak mengutip sampah dalam Ôrecycle binÕ.)
31) DENGGI
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kes yang direkodkan sepanjang tahun 2016 mengikut daerah
-
Berapakah jumlah kes yang mengakibatkan kematian sepanjang tahun 2016 bagi seluruh negeri Selangor?
-
Apakah langkah terbaru yang di cadang oleh kerajaan bagi tahun 2017?
31) PENJAGAAN KESIHATAN
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Bilakah program pemeriksaan percuma kanser testis dan prostat bagi lelaki akan dimulakan?
-
Bilakah Tabung Dialisis Rakyat Selangor bernilai RM10 juta akan dimulakan?
-
Apakah unjuran pertambahan peruntukan yang akan disalurkan bagi tempoh 5 tahun?
31) TAPAK IBADAT AGAMA BUKAN ISLAM
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Berapakah keping tanah telah diluluskan untuk tujuan di atas?
-
Hak milik tapak ibadat Agama Bukan Islam itu dimiliki oleh siapa?
31) RUMAH SELANGORKU MORIB
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini Rumah Selangorku di Morib yang tergendala? Bilakah projek ini dapat disempurnakan kerana sepertimana yang dimaklumkan oleh pemaju adalah ianya akan disempurnakan sepertimana dijadualkan iaitu pada akhir disember 2023?
31) PEWARTAAN TANAH RUMAH IBADAT DAN PERKUBURAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini berkenaan permohonan warta tanah perkuburan Sungai Buloh yang dilakukan oleh Persatuan Sahabat Warisan KL dan Selangor?
-
Apakah status terkini berkenaan penyelesaian isu sekatan ROS bagi pertubuhan penghuni agama bukan Islam untuk menguruskan rumah ibadat?
31) KURSUS KHAS MELIBATKAN PEMIMPIN MASYARAKAT
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Adakah ada dalam perancangan Kerajaan Negeri untuk melibatkan pemimpin masyarakat seperti Penghulu, Ketua Kampung dan Nazir Masjid diberi kursus khas berkaitan rundingcara atau kaunseling keluarga? Memandangkan mereka menjadi rujukan utama masyarakat
31) UNDANG-UNDANG KECIL PBT
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Butirkan semua pindaan kepada undang undang kecil yang dilakukan oleh setiap PBT di Selangor dari 2013-2017