31) KEPUPUSAN KELIP-KELIP
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2008, muka surat 56: ÒPada pendapat Audit, aktiviti ekonomi pertanian telah mengakibatkan alam sekitar di Kampung Kuantan telah terancam dan memberi kesan kepupusan kelip-kelip di kawasan iniÓ. Tidak terdapat ulasan daripada Jabatan dalam Memorandum Laporan Ketua Audit Negara 2008 Selangor. Apakah langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh Jabatan untuk mengatasi masalah ini?
-
Apakah jenis-jenis aktiviti ekonomi pertanian yang dijalankan di kawasan terbabit?
-
Apakah polisi dan langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri dalam hal ini?
31) SKIM KESIHATAN SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan berapakah orang yang manfaat dan berapa peruntukan telah digunakan untuk Skim Kesihatan Selangor sejak Tahun 2013?
-
Apakah rancangan Kerajaan untuk menambahbaik program ini?
31) RUMAH SELANGORKU MORIB
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini Rumah Selangorku di Morib yang tergendala? Bilakah projek ini dapat disempurnakan kerana sepertimana yang dimaklumkan oleh pemaju adalah ianya akan disempurnakan sepertimana dijadualkan iaitu pada akhir disember 2023?
31) KEDAI TANPA LESEN
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Di Meru sahaja mempunyai lebih 100 kedai Tomyam yang beroperasi 4.00ptg- 2.00pg. Kebanyakan kedai dipunyai oleh warga Asing seperti Thailand dan Indonesia tanpa lesen dan ubat pelalian. Berapakah bilangan kedai tomyam yang mempunyai lesen perniagaan sah dari MPK?
-
Apakah tindakan MPK mengatasi masalah ini?
31) BILLBOARDS
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Apakah kriteria-kriteria atau garis-panduan yang dikenakan kepada billboards yang dipasang di seluruh Negeri Selangor?
-
Apakah tindakan kerajaan negeri Selangor terhadap billboards yang masih memaparkan wajah-wajah warga asing yang kadang-kadang membawa imej dan budaya yang bukan melambangkan malah mencemarkan budaya kita?
31) BANTUAN BENCANA KEBAKARAN DAN BANJIR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
-
Bertanya kepada Y.A.B. DatoÕ Menteri Besar adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk meningkatkan sumbangan bencana kebakaran kepada mangsa ?
31) ALAM SEKITAR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Mengapakah banyak Ôrecycle binÕ kerajaan Negeri telah tergendala di Petaling Jaya?
-
Adakah ia akan di roboh supaya tidak menjadi tempat membuang sampah? (kontraktor sampah PBT tidak mengutip sampah dalam Ôrecycle binÕ.)
31) BANTUAN ZAKAT
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak bantuan zakat yang telah disalurkan melalui Program Zakat kepada golongan B40 khusus di DUN Sentosa?
-
Apakah perancangan Lembaga Zakat Selangor terhadap golongan M40 yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan di Selangor?
31) DENGGI
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kes yang direkodkan sepanjang tahun 2016 mengikut daerah
-
Berapakah jumlah kes yang mengakibatkan kematian sepanjang tahun 2016 bagi seluruh negeri Selangor?
-
Apakah langkah terbaru yang di cadang oleh kerajaan bagi tahun 2017?
31) STADIUM SHAH ALAM
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan status terkini projek pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) dan apakah cabaran serta tindakan pihak pemaju untuk memastikan projek ini berjalan lancar?