30) TENAGA KERJA
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Mulut
-
Berapakah bilangan tenaga kerja asing yang telah susut dalam Negeri Selangor semenjak pasca pandemik COVID-19 bermula sehingga penghujung tahun 2021?
-
Adakah kekurangan tenaga kerja asing ini dapat digantikan dengan tenaga kerja tempatan?
-
Adakah tenaga kerja asing diperlukan kembali di Selangor?
30) PUSAT PENYEMBELIH AYAM
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Apakah pendirian Kerajaan Negeri atas pembinaan Pusat Penyembelih Ayam DBKL di kawasan sempadan Selangor yang tidak mempunyai jarak zon penampan sejauh 500m?
-
Adakah pembinaan Pusat Penyembelih Ayam di kawasan DBKL tersebut memerlukan ulasan daripada Kerajaan Negeri disebabkan isu kegunaan jalan negeri dan ancaman keselamatan penduduk Selangor?
30) PROJEK HORAS
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan secara terperinci status terkini Projek HORAS?
-
Apakah faktor yang menyebabkan pelaksanaan HORAS tergendala?
30) HOTSPOT BANJIR
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Selangor mempunyai berapa hotspot banjir sehingga kini?
-
Apakah rancangan untuk penyelesaian hotspot banjir ini?
30) AJARAN SESAT
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Bertulis
-
Huraikan apakah langkah yang telah, sedang dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menyekat fahaman yang bertentangan dengan kehendak agama?
-
Jelaskan secara terperinci semua jenis fahaman sesat di negeri ini dan bidang kuasa jabatan agama
-
Apakah fungsi Jawatankuasa Masjid / Surau dalam membantu memantau aktiviti ini
30) JETI HARAM
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri memantau kewujudan jeti-jeti haram di Selangor?
-
Apakah peranan Kerajaan Negeri untuk memastikan jeti haram ini tidak menyumbang kepada aktiviti jenayah?
30) KEMUDAHAN BEKALAN AIR DAN ELETRIK UNTUK MASYARAKAT ORANG ASAL
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan bercadang untuk mengadakan kemudahan bekalan air dan elektrik untuk masyarakat orang asal?
-
Jika ya, nyatakan perancangan Kerajaan.
-
Jika tidak, apakah halangan-halangannya.
30) PEMBANGUNAN PULAU CAREY
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua pemilik tanah di Pulau Carey dengan lot tanah, keluasan dan gunatanah.
-
Adakah sebarang permohonan dibuat untuk tukar gunatanah/zoning di Pulau Carey? Jika ya, senaraikan
-
Adakah sebarang tanah di Pulau Carey yang telah diwartakan sebagai rizab Orang Asli? Jika ya, senaraikan tanah-tanah ini dan keluasan.
30) PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN NEGERI SELANGOR (PADAT)
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan struktur, pengurusan kanan dan lembaga pengarah PADAT?
-
Apakah nama projek / program serta kos yang dilaksanakan sepanjang penubuhannya sehingga kini?
-
Apakah kesan pelaksanaan program tersebut untuk rakyat?
30) KILANG
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor
Kategori: Mulut
-
Berapa kilang haram telah dibersihkan di setiap PBT di Selangor dari 2016-2017?
-
Apakah langkah terkini telah dilakukan dalam membanteras kilang haram di Selangor?
-
Berapakah anggaran kerugian hasil kutipan cukai akibat dari kilang-kilang haram dari tahun 2015-2017?