29) ZOO NEGARA
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Memandangkan Zoo Negara terletak dalam negeri Selangor, imej serta prasarananya yang sempurna akan sekali gus melonjakkan imej pentadbiran teratur Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor. Apakah status penggunaan tanah Zoo Negara dalam konteks pengurusan dan pentadbiran tanah kerajaan negeri Selangor?
-
Berapakah hasil pendapatan (jika ada) atau kerugian yang ditanggung oleh kerajaan negeri Selangor daripada penggunaan tanah sejak Zoo Negara mula beroperasi?
-
Apakah rancangan kerajaan negeri Selangor di segi kerjasama dengan kerajaan Pusat dan juga peruntukan kewangan yang boleh dikeluarkan bagi menjadikan Zoo Negara benar-benar sebagai satu pusat tarikan pelancongan bertaraf dunia
29) KESIHATAN MENTAL
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam memperluaskan akses kepada perkhidmatan kesihatan mental, terutamanya di kawasan luar bandar dan berpendapatan rendah?
-
Apakah statistik pesakit mental yang makin meningkat mengikut jantina sejak tahun 2020 (tahun bermulanya Covid-19 dan PKP) sehingga tahun 2024?
29) JUMLAH PELABURAN DARI NEGARA CHINA
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo
Kategori: Bertulis
-
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini terdapat banyak lawatan yang dilakukan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) ke negeri China. Berapa banyak lawatan kerajaan negeri ke negara China sepanjang 2009, 2010 dan 2011?
-
Berapa banyak pelaburan dari negeri China yang diterima oleh kerajaan negeri sepanjang 2011?
29) YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Apakah pihak Yayasan Selangor berhak untuk memasuki perjanjian Ð perjanjian usaha sama dengan perusahaan swasta dan apakah syarat-syarat yang biasanya memberikan kepada mereka kuasa untuk memaksa usaha sama sebegini ?
-
Adakah Yayasan Selangor komited kepada usaha sama secara paksa seperti dalam kes-kes di mana pembaharuan pajakan bagi stesen-stesen petrol memerlukan bahawa syarikat-syarikat minyak perlu memenuhi keperluan ini sebelum pajakan mereka diperbaharui dan apakah kewajaran di belakang perkahwinan paksa sebegini?
29) PELANCONGAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan atau program Kerajaan Negeri yang dapat membenturkan identitinya yang tersendiri
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan kampung-kampung contoh berhampiran bandar bagi melambangkan budaya majmuk
29) SUMBANGAN PNSB KEPADA PEKAWANIS
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Pendengaran awam yang dijalankan oleh SELCAT telah menunjukkan secara terbuka belanjawan-belanjawan luar biasa yang dikeluarkan oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) kepada BALKIS. Kini BALKIS telah digantikan oleh PEKAWANIS di Negeri Selangor. Apakah masih terdapat sumbangan atau perbelanjaan yang dikeluarkan oleh PNSB kepada PEKAWANIS selepas penubuhannya sehingga kini?
-
Apakah bentuk-bentuk sumbangan atau belanjawan yang dikeluarkan oleh PNSB kepada PEKAWANIS selepas penubuhannya sehingga kini?
-
Berapa banyak dan untuk apakah sumbangan atau belanjawan yang dikeluarkan?
29) PEGAWAI KONTRAK DI PKNS HOLDING DAN SELAMAN SDN BHD.
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah kemahiran bagi yang bergaji RM10,000 RM18,000 sebulan?
-
Apakah kemahiran bagi yang bergaji RM20,000 ke atas sebulan?
-
Berapakah gaji pegawai yang dibayar RM24,000 sebulan semasa beliau di Selaman Sdn Bhd?
29) PROGRAM JOM KE SUPERMARKET
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Sila jelaskan program ini dengan terperinci.
29) Socso Kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM)
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan dapat mempertimbangkan caruman SOCSO untuk kakitangan pusat khidmat masyarakat memandangkan jumlah yang dikenakan tidak besar?
29) KILANG HARAM
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Negeri Selangor mempunyai berapa kilang haram?
-
Bagaimana Kerajaan Negeri ingin mengatasi masalah tersebut?
-
Barapakah pemohonan program Pemutihan Kilang Haram sehingga kini mengikut daerah?