29) ANAK SELANGOR ANAK SIHAT
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim
Kategori: Mulut
-
Apakah jangka masa panjang kerajaan terhadap program asas ini?
-
Adakah kerajaan ingin bekerjasama dengan JKM bagi memastikan anak-anak ini cukup nutrisi?
-
Berapakah budget bagi menjalankan program ini?
29) GERAI-GERAI PBT
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan yang telah ambil untuk menyelesaikan masalah gerai-gerai haram?
-
Nyatakan jumlah gerai-gerai milik mengikut PBT.
-
Nyatakan gerai-gerai PBT yang telah dibina sejak tahun 2008.
29) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan negeri untuk menangani isu kekurangan perumahan mampu milik di kawasan bandar seperti Shah Alam, Petaling Jaya dan Klang?
29) KILANG SIMEN RAWANG
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan kawasan dan tempoh pajakan tanah YTL Cement bagi tujuan pelombongan simen di Kawasan Rawang.
-
Apakah pandangan kerajaan bahawa kilang simen Rawang tidak mempunyai jarak buffer 500M daripada kawasan perumahan?
-
Adakah kilang simen masih sesuai untuk berada di kawasan pusat Rawang yang pesat dengan kawasan perumahan?
29) PAIP AIR PECAH DI HULU SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti sebagai hotspot paip air pecah di Hulu Selangor secara terperinci seperti jumlah penduduk yang terlibat, panjang paip dan sebagainya.
-
Nyatakan kawasan-kawasan hotspot yang sedang dan akan menjalankan penggantian paip air baru dan kos penggantiannya bagi tahun 2016 dan 2017 di Hulu Selangor
-
Adakah unsur sabotaj yang menyebabkan kes paip air pecah sering berlaku di Kuala Kubu Bharu pada tahun ini?
29) TANAH WAKAF
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah keluasan tanah wakaf yang didaftarkan di Selangor mengikut daerah
-
Senaraikan kegunaan tanah wakaf dan perancangan agar lebih bermanfaat kepada masyarakat Islam di Selangor.
29) NAIK TARAF JALAN MERU KE KLANG
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Sudahkah ada kajian dibuat hal penggunaan lalulintas jalan?
-
Apakah keputusan kajian tersebut?
-
Berdasarkan keputusan, bilakah akan dilaksana?
29) PERUNTUKAN PROGRAM KERAJAAN BAGI DUN RAWANG
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan berapakah peruntukan yang telah diberikan kepada rumah ibadat bukan Islam di DUN Rawang sejak tahun 2018 hingga 2022.
-
Nyatakan berapakah peruntukan yang telah diberikan kepada sekolah DUN Rawang bawah program Bantuan Sekolah Selangor sejak tahun 2018 hingga 2022.
29) CUKAI TAKSIRAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan kadar cukai taksiran mengikut kategori perumahan di setiap PBT Selangor
-
Nyatakan jumlah kutipan dan tunggakan cukai taksiran pada tahun 2015 mengikut PBT.
29) BANTUAN KEPADA SEKOLAH RAKYAT
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan Selangor mengeluarkan bantuan kepada sekolah-sekolah rakyat. Setakat ini berapakah sekolah yang menerima bantuan dari Kerajaan Selangor?
-
Dengan kaedah bantuan yang dibuat berapakah jumlah bantuan yang diberi sejak 2009?
-
Adakah bantuan ini bersifat tahunan bagi setiap sekolah atau tidak?