29) JUMLAH PELABURAN DARI NEGARA CHINA
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo
Kategori: Bertulis
-
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini terdapat banyak lawatan yang dilakukan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) ke negeri China. Berapa banyak lawatan kerajaan negeri ke negara China sepanjang 2009, 2010 dan 2011?
-
Berapa banyak pelaburan dari negeri China yang diterima oleh kerajaan negeri sepanjang 2011?
29) SUMBANGAN PNSB KEPADA PEKAWANIS
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Pendengaran awam yang dijalankan oleh SELCAT telah menunjukkan secara terbuka belanjawan-belanjawan luar biasa yang dikeluarkan oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) kepada BALKIS. Kini BALKIS telah digantikan oleh PEKAWANIS di Negeri Selangor. Apakah masih terdapat sumbangan atau perbelanjaan yang dikeluarkan oleh PNSB kepada PEKAWANIS selepas penubuhannya sehingga kini?
-
Apakah bentuk-bentuk sumbangan atau belanjawan yang dikeluarkan oleh PNSB kepada PEKAWANIS selepas penubuhannya sehingga kini?
-
Berapa banyak dan untuk apakah sumbangan atau belanjawan yang dikeluarkan?
29) PEGAWAI KONTRAK DI PKNS HOLDING DAN SELAMAN SDN BHD.
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah kemahiran bagi yang bergaji RM10,000 RM18,000 sebulan?
-
Apakah kemahiran bagi yang bergaji RM20,000 ke atas sebulan?
-
Berapakah gaji pegawai yang dibayar RM24,000 sebulan semasa beliau di Selaman Sdn Bhd?
29) YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Apakah pihak Yayasan Selangor berhak untuk memasuki perjanjian Ð perjanjian usaha sama dengan perusahaan swasta dan apakah syarat-syarat yang biasanya memberikan kepada mereka kuasa untuk memaksa usaha sama sebegini ?
-
Adakah Yayasan Selangor komited kepada usaha sama secara paksa seperti dalam kes-kes di mana pembaharuan pajakan bagi stesen-stesen petrol memerlukan bahawa syarikat-syarikat minyak perlu memenuhi keperluan ini sebelum pajakan mereka diperbaharui dan apakah kewajaran di belakang perkahwinan paksa sebegini?
29) PELANCONGAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan atau program Kerajaan Negeri yang dapat membenturkan identitinya yang tersendiri
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan kampung-kampung contoh berhampiran bandar bagi melambangkan budaya majmuk
29) INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay
Kategori: Bertulis
-
Berapakah unit Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang telah dibina di kawasan DUN Bukit Melawati sehingga penghujung tahun 2007?
-
Daripada jumlah ini berapakah yang masih kosong atau yang belum dijual lagi?
-
Berikan nama dan alamat semua industri yang beroperasi sekarang
29) PROGRAM JOM KE SUPERMARKET
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Sila jelaskan program ini dengan terperinci.
29) PENGURUSAN AIR DAN EMPANGAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Mulut
-
Nyatakan paras air terkini empangan di Selangor.
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang meluaskan penggunaan teknologi Ai & IoT untuk mengawal pengesanan paras air (Smart Water Level) bagi amaran awal banjir & kualiti air (Smart Water Quality) bagi menjamin air bersih?
29) TAPAK INDUSTRI
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
-
Berapakah nilai pelaburan baru 2010 hingga 2012 yang membina kilang di kawasan Industri yang sedia ada ?
-
Berapakah peluang pekerjaan telah diwujudkan dalam industri perkilangan sejak 2010 ?
-
Apakah usaha kerajaan negeri menarik pelabur untuk melabur di negeri Selangor ?
29) SEKOLAH TAMIL DESA COALFIELD YANG PEMBINAANNYA SUDAH LAMA TERGENDALA
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Bilakah pembinaan sekolah ini akan siap?