29) WARISAN KESULTANAN SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk memelihara serta mengangkat Warisan Kesultanan Selangor agar tidak dilupakan oleh generasi muda?
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menjadikan Warisan Kesultanan Selangor misalnya makam raja-raja terdahulu sebagai warisan sejarah dan lokasi tarikan pelancong?
29) ISU POLIS BANTUAN
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan negeri fikir bahawa idea pelaksanaan polis bantuan yang ditolak kerajaan pusat sebagai pandangan yang relevan dalam membasmi jenayah?
29) PERBELANJAAN LAWATAN EXCO DAN MB KELUAR NEGARA
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan tempat dan perbelanjaan Menteri Besar dan EXCO Kerajaan Negeri Selangor menjalankan lawatan keluar negara untuk tahun 2018 dan 2019.
-
Apakah tujuan utama untuk Kerajaan Negeri Selangor menjalankan lawatan keluar negara?
29) PEMBANGUNAN SENI BUDAYA
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan kerajaan dalam pembangunan seni dan budaya setempat di setiap daerah?
-
Adakah Kerajaan mempunyai rancangan menubuhkan institusi atau akademi kesenian dan kebudayaan?
-
Apakah rancangan Kerajaan dalam pemeliharaan seni dan budaya Orang Asli di Negeri Selangor?
29) PEMBAKARAN TERBUKA DI TANAH PERSENDIRIAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan kerajaan dalam menangani pembakaran terbuka oleh pekebun bagi tujuan pertanian?
-
Apakah tindakan kerajaan dalam menangani isu pembakaran belukar diatas tanah yang tidak diketahui pemiliknya terutama di kawasan Revolusi Hijau Johan Setia?
29) LITAR LUMBA DRAG DI MUKIM TANJONG DUA BELAS KUALA LANGAT
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan membina sebuah litar lumba drag di lot 9947 mukim Tanjong Belas Kuala Langat oleh Syarikat Taqwa teguh sepanjang 1 KM?
-
Adakah kerajaan negeri akan menanggung sebarang kos pampasan di atas projek pembinaan ini?
-
Sila nyatakan tarikh Mula dan Tarikh siap kerja litar lumba drag.
29) POLISI PEMBANGUNAN ANAK MUDA
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah Dasar Belia Kerajaan Selangor membawa manfaat kepada Anak Muda Selangor?
-
Berapakah bilangan Anak Muda merupakan penerima manfaat daripada polisi Kerajaan Selangor untuk Anak Muda mengikut kawasan DUN?
-
Berapa beza bajet anak muda antara kerajaan pusat dengan kerajaan Selangor?
29) PERBELANJAAN UNTUK GOLONGAN WANITA
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan senarai peratusan jumlah perbelanjaan dan jumlah perbelanjaan dalam perkara untuk golongan Wanita dalam tahun 2008-2013
-
Sila kemukakan senarai perbelanjaan untuk Wanita dalam DUN Teratai dalam tempoh tahun 2008-2013
-
Berapakah peratusan jumlah peruntukan dan peruntukan 2014 untuk Wanita?
29) MASALAH INFRASTRUKTUR
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah aduan kes berkenaan ( Pot-Hole ) yang diselesaikan oleh pihak MPK dan JKR di DUN Sentosa bagi tahun 2021?
-
Apakah kaedah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membantu membaikpulih masalah infra di jalan-jalan JKR di Daerah Klang?
29) PROJEK TERBENGKALAI DI HULU SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mendapat maklumat terkini mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap Projek Perumahan Taman Lembah Beringin? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
-
Adakah Kerajaan Negeri berusaha mencari pemaju penyelamat untuk membantu memulihkan projek terbengkalai Kg Melayu Rasa selepas PKNS tidak berdaya memulihkan projek yang sekian lama terbengkalai? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.