28) KESESAKAN JALAN DI BANDAR SG LONG, KAJANG DAN BANDAR MAHKOTA CHERAS, KAJANG
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young
Kategori: Bertulis
-
Apakah kajian dan cadangan yang telah dilakukan untuk menangani isu ini?
28) PEMERIKSAAN MAMMOGRAM PERCUMA
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri bersetuju sekiranya Program Mammogram diselaraskan oleh SUKA di peringkat DUN?
-
Berapakah jumlah permohonan Mammogram bagi tahun 2018 sehingga 2022 mengikut DUN?
28) HUTANG TALAM
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
-
ADUN Kinrara pada 8hb Ogos 2012 melalui media Internet menyatakan bahawa transaksi Kerajaan Negeri membayar RM4.2Juta untuk mengambil alih 60% saham Ulu Yam Golf and Country Club Sdn Bhd merupakan tindakan memulangkan dana pelaburan kepada Talam. Adakah transaksi ini merupakan tindakan Kerajaan Negeri untuk mengutip hutang dari Talam atau memulangkan dana pelaburan kepada Talam?
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk membangunkan tanah cerun bukit di Ulu Yam?
28) CUKAI TANAH
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
Taman Setia Warisan terletak di kawasan U6, Shah Alam. Beberapa penduduk di Taman ini dikenakan pembayaran cukai tanah berulang kali. Walaupun lot rumah sesebuah sahaja tetapi cukai tanah dikenakan untuk dua no. Lot yang berlainan kepada tuan punya rumah yang sama. Kenapakah cukai dikenakan dua kali ?
-
Adakah kesilapan pengukuran berlaku di Pejabat Tanah dan bagaimana ianya dapat dibetulkan ?
28) TANAH KERAJAAN NEGERI DI DAERAH KUALA LANGAT
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila menyatakan tanah Kerajaan Negeri Di Daerah Kuala Langat yang kini diduduki oleh Pertubuhan / Badan Bukan Kerajaan yang berdaftar; Sila menyatakan nombor Lot dan hakmilik tanah, keluasannya serta tujuan penggunaannya.
28) PERANAN AHLI DEWAN NEGERI DAN AHLI MAJLIS DAN SFERASFERA BIDANG KUASA
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan peranan-peranan tertentu bagi Ahli Dewan Negeri sebagai wakil rakyat yang diundikan dan ahli majlis yang dilantik oleh parti-parti politik dalam kuasa.
-
Di mana dasar dan isu-isu pentadbiran PBT-PBT adalah berkepentingan, pihak / parti yang mana seperti Ahli Dewan Negeri atau ahli majlis, yang mempunyai akhir kata?
-
Dalam keadaan di mana penempatan ahli majlis tidak disokong oleh Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Negeri dalam zon yang tertentu, adakah ahli majlis itu akan masih dilantik ke zon tersebut?
29) JUMLAH PELABURAN DARI NEGARA CHINA
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo
Kategori: Bertulis
-
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini terdapat banyak lawatan yang dilakukan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) ke negeri China. Berapa banyak lawatan kerajaan negeri ke negara China sepanjang 2009, 2010 dan 2011?
-
Berapa banyak pelaburan dari negeri China yang diterima oleh kerajaan negeri sepanjang 2011?
29) CARA MENURUNKAN KOS PENGURUSAN SAMPAH
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kos pelupusan sisa yang ditanggung oleh setiap pihak berkuasa tempatan?
29) TAPAK PEMBUANGAN SAMPAH HARAM DI SELURUH SELANGOR KHUSUSNYA DI TWIN PALM BANDAR SG. LONG DAN BLACK WATER DI BANDAR MAHKOTA CHERAS, KAJANG
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan yang telah dan akan diambil untuk mengatasi isu ini?
-
Adakah tindakan ini telah berhasil?
29) PELANCONGAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan atau program Kerajaan Negeri yang dapat membenturkan identitinya yang tersendiri
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan kampung-kampung contoh berhampiran bandar bagi melambangkan budaya majmuk