3) UNISEL
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah sumber dana Tabung Biasiswa Anak Selangor diperoleh dan manfaatnya kepada UNISEL?
-
Terbelakah nasib pelajar terpaksa berhenti disebabkan kewangan dengan wujudnya tabung ini?
-
Pengurusan bangunan asrama, siapakah yang dilantik dan apakah terma syarat-syarat?
3) STATUS DAN FUNGSI STFC
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Ramai yang bertanyakan mengenai status dan fungsi STFC (Selangor Task Force COVID-19). Sehingga kini, apakah tindakan dan langkah-langkah yang telah diambil oleh pasukan ini bagi menangani kes yang semakin meningkat di Negeri Selangor?
3) RUMAH IBADAT DI PETALING JAYA
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua rumah ibadat (Islam dan bukan Islam) di kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
-
Apakah status tanah dan kelulusan bangunan di senarai di atas?
-
Senaraikan semua tapak kosong rumah ibadat yang masih belum dibina bersama dengan pemiliknya.
3) LEBUH RAYA BARU UNTUK SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Senaraikan semua cadangan lebuh raya baru yang dicadangkan di Negeri Selangor, samada dari agensi kerajaan atau syarikat swasta.
-
Apakah status kelulusan untuk setiap cadangan tersebut?
3) PENERIMA BANTUAN LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua penerima bantuan kebajikan yang terkini di DUN Permatang serta jenis dan jumlah amaun bantuan yang diterima oleh mereka setiap bulan daripada Lembaga Zakat Selangor.
3) KEMUDAHAN SUKAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak kemudahan sukan yang telah dibangunkan di Dun Bukit Lanjan dalam lima tahun terakhir? Apakah rancangan untuk meningkatkan atau menambah kemudahan sukan di kawasan ini dalam tempoh terdekat?
-
Apa inisiatif yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kesedaran tentang gaya hidup sihat dalam kalangan belia di DUNBukit Lanjan, terutamanya melalui aktiviti sukan?
-
Adakah perancangan penyaluran peruntukan untuk membina kemudahan sukan seperti gelanggang "pickle ball'?
3) KHAIRAT KEMATIAN COVID 19
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Setakat ini, berapakah orang penerima insentif RM1000 pesakit COVID 19?
-
Berapakah permohonan yang diterima setakat dan jumlah kelulusan yang telah diberikan?
3) RASUAH DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Apakah dasar kerajaan untuk mengatasi masalah rasuah di Negeri Selangor?
-
Sejak tahun 2008 berapakah kakitangan kerajaan telah ditamatkan perkhidmatannya kerana rasuah?
3) PEMBANGUNAN DESA
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan pecahan penggunaan RM12 juta yang disalurkan untuk pembangunan desa pada tahun 2015
-
Adakah ADN Kerajaan diberikan peluang untuk mencadangkan penggunaan peruntukan tersebut? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.
3) PENUKARAN POSKOD KUALA LUMPUR YANG DALAM SEMPADAN SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Bertulis
-
Ada beberapa kawasan di DUN Bukit Lanjan yang berposkod Kuala Lumpur tetapi sebenarnya berada dalam Negeri Selangor dalam daerah Petaling dan Gombak. Bagaimana Kerajaan Negeri boleh memastikan poskod tersebut akan ditukar kepada yang poskod Selangor?