28) TANAH PAJAKAN 99 TAHUN
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Apakah prosedur pengambilan balik tanah pajakan 99 tahun yang telah tamat tempoh?
-
Nyatakan tindakan kepada pemilik tanah yang ingkar
28) PROJEK PERTANIAN BERSEPADU RASA
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah pihak Menteri Besar Incorporated (MBI) telah mengambilalih pengurusan tanah yang seluas 895.713 ekar bagi Projek Pertanian Bersepadu Rasa? Jika belum, nyatakan sebab-sebabnya.
-
Nyatakan hasil atau sewa tahunan yang diterima daripada peserta-peserta dan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. secara terperinci.
28) RIZAB BERSIH KEWANGAN PBT
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah rizab bersih di setiap PBT sejak tahun 2008 sehingga tahun yang terkini.
-
Sila senaraikan perancangan MBPJ bagi membelanjakan 20 peratus daripada keseluruhan rezab tunai bersih untuk kemudahan asas dan awam seperti yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri.
28) PENCEMARAN SUNGAI
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri bagi memastikan kebersihan Sg. Bernam Hulu Selangor terpelihara?
-
Apakah kriteria yang diambilkira oleh Kerajaan Negeri bagi pemohon lesen ternakan?
28) MASALAH PEMOTONGAN BEKALAN AIR
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang diambil untuk menyelesaikan masalah rakyat di kawasan ini?
-
Adakah bantuan/tindakan yang sama juga akan diberikan kepada kawasan lain yang menghadapi kemelut yang serupa?
-
Nyatakan langkah jangka panjang yang akan diambil untuk memastikan masalah ini tidak akan berulang lagi.
28) SUKAN BOLA SEPAK
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan untuk membantu kelab- kelab tempatan di DUN masing- masing?
-
Apakah program bola sepak untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun?
-
Bagaimana kerajaan Negeri menyelaraskan program bola sepak dengan Majlis- majlis Bandaran Selangor?
28) PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Bilakah pembangunan kiosk pelancongan di Taman Saga, Ampang di bawah DUN Teratai akan siap?
-
Berapakah perbelanjaan digunakan untuk mempromosikan pelancongan Selangor dalam tahun 2013-2016?
-
Apakah perancangan dan pelan tindakan industri pelancongan Selangor?
28) PESTA SUARASA AIDILFITRI
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan kos untuk Pesta Suarasa Aidilfitri yang diadakan pada Okt 17 - 18 di tempat letak kereta Stadium Shah Alam. Sila berikan butir-butir
-
Apakah matlamat program ini dan berjayakah Kerajaan Negeri mencapainya? Berikan butir-butir.
28) NASIB MUALAF DI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah MUALAF yang murtad sejak tahun 2008-2015 di Selangor?
-
Apakah peranan Kerajaan Negeri dalam memastikan nasib MUALAF ini terbela dan mereka tidak kembali murtad?
-
Sejauh manakah implikasi program yang disediakan untuk MUALAF ini menunjukkan keberkesanannya?
28) INSTITUT WANITA BERDAYA (IWB)
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Apakah status pengurusan IWB terkini?
-
Apakah aktiviti dan perancangan yang dilakukan sepanjang penubuhan IWB?
-
Apakah aktiviti dan perancangan yang dilakukan sepanjang penubuhan IWB?