28) JOM SHOPPING SMUE
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan berapa orang yang layak dapat Jom Shopping SMUE setiap bulan sejak bulan September 2019.
-
Nyatakan bilangan ahli SMUE yang tidak mengambil voucher Jom Shopping mengikuti bulan dan DUN.
-
Apakah kelemahan yang patut diperbaiki untuk program ini?
28) BEKALAN DAGING SEGAR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Nyatakan status bekalan daging mentah meliputi ayam, daging lembu dan kambing?
-
Apakah strategi kerajaan negeri untuk memastikan bekalan daging untuk kegunaan rakyat tempatan mencukupi?
-
Adakah anak syarikat terbabit dalam projek ternakan?
28) MASALAH PROJEK SAKIT
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan projek JPS, JKR dan PBT yang mempunyai status projek sakit.
-
Nyatakan sebab yang menyebabkan projek sakit di Selangor.
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri Selangor mengurangkan kejadian projek sakit berlaku?
28) PROJEK PERUMAHAN BUKIT BERUNTUNG
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: perumahan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Apakah sebab utama kegagalan projek perumahan Bukit Beruntung?
-
Apakah rancangan-rancangan terbaru kerajaan untuk memulihkan projek perumahan yang gagal ini demi menyelesaikan kebuntuan yang dialami oleh ribuan pembeli-pembeli rumah di Bukit Beruntung?
28) RUMAH SELANGORKU DI HULU SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan projek Rumah Selangorku di Hulu Selangor secara terperinci seperti jumlah unit, jenis, harga jualan, tarikh jangkaan siap dan sebagainya
-
Adakah pemaju menghadapi masalah jualan Rumah Selangorku di Hulu Selangor memandangkan penduduknya tidak ramai dan peluang pekerjaannya kurang?
28) TENAGA KERJA DI SEKOLAH KAFA, KAFAI DAN SRA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Mulut
-
Penambahan murid yang mendadak memerlukan penambahan tenaga kerja seperti guru, kerani pejabat, tukang kebun dan pengawal keselamatan perlu diberi perhatian.
-
Cadangan pembinaan sekolah-sekolah agama di Bandar Cyber South, Cyberjaya dan Kota Warisan kerana penambahan penduduk yang semakin padat.
28) PEMBANGUNAN SELANGOR FC
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Apakah penglibatan Kerajaan Negeri Selangor dalam Selangor FC?
-
Apakah perancangan bagi mengembali kegemilangan Selangor FC?
-
Apakah perancangan kerajaan Negeri Selangor bagi meningkatkan penglibatan anak muda dalam sukan bola sepak?
28) STATUS TERKINI PELAN INDUK SALIRAN MESRA ALAM (PISMA) BAGI KAWASAN HULU LANGAT
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini PISMA di Daerah Hulu Langat?
-
Berapakah peruntukan yang diperuntukan untuk menghasilkan PISMA ini?
28) PENCEROBOHAN TANAH KERAJAAN
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah pencerobohan tanah kerajaan yang telah dikenalpasti di Selangor?
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri kepada penceroboh terbabit?
28) FENOMENA EKUINOKS
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Apakah persediaan kerajaan negeri bagi menghadapi fenomena Ekuinoks di Selangor?
-
Apakah usaha kerajaan negeri untuk memberi pemahaman kepada rakyat berkenaan fenomena Ekuinoks?