28) PEMBANGUNAN DAN KECERIAAN
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menyusun dan membangunkan semula DUN Sentosa lebih kemas dan tersusun serta sistematik terhadap pembangunannya ?
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri serta status mengenai tanah-tanah Kerajaan Negeri yang dibangunan secara haram tanpa kelulusan pihak berkuasa ?
28) CUKAI TAKSIRAN YANG DIKENAKAN TERHADAP KAMPUNG TRADISI
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan bilangan akaun terkini yang dikenakan cukai taksiran dengan mengikut PBT dan nama kampung.
-
Apakah perkhidmatan yang diberikan oleh PBT terhdap kampung-kampung yang telah dikenakan cukai taksiran?
-
Apakah kaedah yang digunakan untuk perkiraan cukai taksiran di setiap kampung tradisi?
28) SELDEC
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Berapakah telah kerajaan negeri berbelanja untuk membangunkan/mempromosikan/menyelenggarakan platform SELDEC?
-
Berapakah orang dan/atau syarikat yang menjual di platform ini?
-
Apakah hasil purata penjual di platform SELDEC?
28) KEMUDAHAN WIFI
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Bilakah Kerajaan Negeri akan menaik taraf Wifi di kawasan luar bandar?
28) PERJANJIAN PERSEFAHAMAN AIR SELANGOR (MOU)
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Bertulis
-
Adakah tindakan menandatangani Perjanjian Persefahaman Air Selangor (MOU) dengan kerajaan Pusat pada 26 Februari 2014, adalah ÔTEPATÕ?
-
Adakah harga tarif air akan naik?
-
Adakah 'SAHAM AIR' yang diwar-warkan oleh kerajaan akan menjadi kenyataan?
28) PEMBERSIHAN DAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah PBT menangani isu pembuangan sampah haram di laluan Sungai Semata?
-
Apakah usaha penguatkuasaan yang telah dilakukan?
-
Adakah inisiatif kesedaran awam atau pendidikan telah dilaksanakan untuk menangani isu ini?
28) PROJEK PERUMAHAN YANG TERTANGGUH / TERBENGKALAI
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi membela nasib pembeli-pembeli rumah kos rendah dan sederhana yang telah lama tertangguh / terbengkalai di Kampung Nelayan, Telok Gong Pelabuhan Klang?
28) PERNIAGAAN RUMAH URUT DAN PUSAT PELACURAN
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Kini terdapat banyak perniagaan rumah urut dan pusat pelacuran bagai cendawan tumbuh selepas hujan di Negeri Selangor. Apakah tindakan yang diambil dari Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan serta Pihak Berwajib dalam menangani permasalahan ini?
-
Apakah bentuk pemantauan yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri dan sila senaraikan perniagaan tersebut yang terdapat di dalam daerah Klang?
-
Adakah syarat-syarat khas dari Kerajaan Negeri untuk meluluskan permohonan serta lesen bagi membolehkan mereka berniaga?
28) PERANAN AHLI DEWAN NEGERI DAN AHLI MAJLIS DAN SFERASFERA BIDANG KUASA
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan peranan-peranan tertentu bagi Ahli Dewan Negeri sebagai wakil rakyat yang diundikan dan ahli majlis yang dilantik oleh parti-parti politik dalam kuasa.
-
Di mana dasar dan isu-isu pentadbiran PBT-PBT adalah berkepentingan, pihak / parti yang mana seperti Ahli Dewan Negeri atau ahli majlis, yang mempunyai akhir kata?
-
Dalam keadaan di mana penempatan ahli majlis tidak disokong oleh Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Negeri dalam zon yang tertentu, adakah ahli majlis itu akan masih dilantik ke zon tersebut?
28) HUTANG TALAM
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
-
ADUN Kinrara pada 8hb Ogos 2012 melalui media Internet menyatakan bahawa transaksi Kerajaan Negeri membayar RM4.2Juta untuk mengambil alih 60% saham Ulu Yam Golf and Country Club Sdn Bhd merupakan tindakan memulangkan dana pelaburan kepada Talam. Adakah transaksi ini merupakan tindakan Kerajaan Negeri untuk mengutip hutang dari Talam atau memulangkan dana pelaburan kepada Talam?
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk membangunkan tanah cerun bukit di Ulu Yam?