27) ISU ANJING LIAR DAN KUCING LIAR

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Bertulis


  1. Apakah dasar Kerajaan Negeri untuk mengawal isu anjing liar dan kucing liar yang semakin berleluasan di setiap PBT?

    Klik jawapan »

  2. Berapa peruntukan yang diperuntukan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu PBT mengawal isu ini?

    Klik jawapan »

  3. Sila senaraikan PBT yang telah menyediakan rumah perlindungan anjing dan kucing liar dengan mengikut lokasi.

    Klik jawapan »

27) PEMBERSIHAN SAMPAH OLEH ALAM FLORA SB

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan kenapa Syarikat Alam Flora yang selama ini berkeras tidak mahu melepaskan kerja-kerja pembersihan sampah tiba-tiba menarik diri secara tuntas pada 15 hari bulan Oktober?

  2. Sila nyatakan apakah terdapat perancangan sulit oleh pihak tertentu untuk mencalarkan imej Kerajaan Negeri dalam isu penarikan Syarikat Alam Flora?

  3. Sila nyatakan setakat manakah kemampuan Kerajaan Negeri melalui PBT dapat mengisi kekosongan yang ditinggal oleh syarikat tersebut?

27) PRESTASI MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG (MPKK)

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh setiap MPKK bagi tahun 2021/2022, nyatakan prestasi MPKK mengikut DUN?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi memperkasakan organisasi MPKK di setiap DUN?

    Klik jawapan »

27) PRESTASI KEWANGAN PERMODALAN NEGERI SELANGOR BERHAD (PNSB)

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis


  1. Sila senaraikan jumlah nilai aset terkini Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan setiap anak syarikat PNSB (serta subsidiari-subsidiari kepada anak syarikat ini)

  2. Apakah prestasi kewangan mereka pada tahun 2016? Sila bekalkan penyatapenyata kewangan ataupun sekurang-kurangnya jumlah kerugian/keuntungan syarikat-syarikat ini pada tahun 2016

27) KEWANGAN COVID-19

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan jumlah perbelanjaan Kerajaan Negeri yang telah digunakan bagi tujuan pandemik COVID-19.

    Klik jawapan »

  2. Jangkaan perbelanjaan keseluruhan bagi tujuan pandemik COVID-19.

    Klik jawapan »

27) SKIM SMUE/SKIM KHAIRAT KEMATIAN

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Adakah skim SMUE yang dijalankan sekarang akan dikaji seperti memberi semula bantuan khairat kematian?

    Klik jawapan »

27) KEBAJIKAN WARGA EMAS

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan dan tindakan Kerajaan untuk golongan warga emas yang semakin bertambah?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah pusat kegiatan warga emas yg dibina oleh Kerajaan dan bukan kerajaan kepada sistem perkhidmatan PBT di Selangor?

    Klik jawapan »

27) MORATORIUM 25 TAHUN HUTAN SIMPAN KEKAL

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut


  1. Apakah yang dimaksudkan dengan dasar moratarium 25 tahun berkenaan dengan Hutan Simpan Kekal khususnya untuk pembangunan di sepanjang Persiaran Mokhtar Dahari?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah baki hutan simpan yang masih kekal dan berapakah jumlah yang telah dinyah gazet hutan simpan Bukit Cherakah?

    Klik jawapan »

27) JALAN KAMPUNG-KAMPUNG

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Berapakah Peruntukan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk pembinaan dan pembaikan jalan-jalan kampung di Negeri Selangor dalam Tahun 2011 ?

    Klik jawapan »

  2. Daripada jumlah tersebut sila senaraikan jumlah peruntukan yang diluluskan mengikut mukim-mukim dan dan daerah-daerah di Negeri Selangor ?

    Klik jawapan »

27) BERNIAGA INTERNET

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis


  1. Apakah tindakan Kerajaan untuk membantu golongan belia untuk berniaga di Internet?

    Klik jawapan »

  2. Apakah manfaat yang boleh diperolehi Kerajaan kalau makin ramai aktiviti perniagaan dijalankan secara online di Selangor?

    Klik jawapan »