3) MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan perbelanjaan bagi program-program dalam Merakyatkan Ekonomi Selangor berkaitan SMUE, TAWAS, Hadiah masuk Universiti/Kolej, dll, termasuk kos pengurusan.
3) GALAKAN PENTERNAK AYAM DAN PENGUSAHA TELUR TEMPATAN
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
-
Apakah bentuk galakan dan insentif yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada penternak ayam dan pengusaha telur ayam tempatan untuk mengurangkan kebergantungan import?
3) SELANGOR BRAIN BANK
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah bentuk dan ciri-ciri Selangor Brain Bank?
-
Apakah bidang-bidang kemahiran yang menjadi tumpuan bagi bank ini?
-
Berapakah unjuran peruntukan yang akan disalurkan bagi tempoh 5 tahun?
3) PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan secara terperinci kedudukan kewangan terkini PKNS.
-
Sila senaraikan projek-projek pembangunan PKNS yang memperolehi keuntungan dan kerugian.
-
Sila senaraikan butiran terperinci pelaburan saham dan ekuiti yang dimiliki oleh PKNS.
3) E-WALLET (WAVPAY)/ PENDIGITALISASIAN
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
-
Apakah jaminan keselamatan data peribadi dan transaksi para warga Selangor dengan penggunaan sistem Wavpay yang kian giat diguna pakai dalam pelbagai aplikasi agihan bantuan di Selangor seperti BINGKAS dan sebagainya?
3) PENGARUSPERDANAAN GENDER
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Bertulis
-
Apakah status pelaksaanaan Program Pengarusperdanaan Gender di Negeri Selangor yang telah dilaksanakan sejak tahun 2019?
-
Bagaimanakah keberkesanan program ini dapat menyokong usaha pengarusperdanaan gender di pihak Kerajaan Negeri?
-
Apakah langkah seterusnya pihak Kerajaan Negeri dalam usaha ini?
3) COVID-19
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah dalam RM yang telah disalurkan oleh Kerajaan Selangor sepanjang tempoh menghadapi penularan COVID-19. Nyatakan pecahan atau tujuan kegunaan dana yang disalurkan.
3) MAJLIS PELANCONGAN DAERAH KUALA SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
-
Apakah peranan, halatuju dan objektif penubuhan Majlis Pelancongan Daerah Kuala Selangor yang diwujudkan oleh YAB Dato' Menteri Besar ketika lawatan kerja ke daerah Kuala Selangor?
-
Apakah perancangan jangka panjang jawatankuasa ini serta peruntukan yang disediakan bagi mencapai matlamatnya?
3) PROJEK JAKESS
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009 berkenaan Jabatan Kehakiman Syariah di muka surat 100: Apakah faktor-faktor yang menyebabkan perancangan projek tidak menyeluruh?
-
Apakah keputusan-keputusan yang tidak konsisten yang mengakibatkan pembaziran kos juru perunding?
-
Apakah pecahan-pecahan kos juru perunding yang telah melibatkan sejumlah RM1.77 juta?
3) KEJAYAAN PERTANIAN DI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Hasil tanaman padi semakin merosot akibat keadaan cuaca yang tak menentu, apakah insentif Kerajaan Negeri bagi membantu pesawah bagi meringankan beban mereka?
-
Adakah Kerajaan Negeri bersedia membantu memberikan subsidi khas bagi melestarikan sumbangan petani dan nelayan yang dihimpit masalah ekonomi keluarga?
-
Keadaan tanah sawah sudah semakin tidak subur akibat penanaman yang berterusan, adakah Kerajaan Negeri telah mempunyai langkah bagi mengatasinya?