417) PENGURUSAN DEWAN ORANG RAMAI
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Mulut
-
Siapakah pihak yang menyelenggarakan dewan orang ramai di bawah Pejabat Daerah dan Tanah?
-
Apakah perancangan untuk memastikan setiap dewan orang ramai ini dalam keadaan yang kondusif?
-
Senaraikan dewan orang ramai di DUN Sementa dan berapa peruntukan tahunan diperturunkan.
417) KENAIKAN TARIF ELEKTRIK DAN AIR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Mulut
-
Apakah kaedah dan cara Kerajaan Negeri menangani isu kenaikan tarif elektrik dan air yang memberikan impak yang negatif kepada rakyat khususnya golongan B40?
418) PARIT DAN SALIRAN YANG TIDAK BERTUAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri ada perancangan untuk mengkaji semula parit-parit dan saliran-saliran yang tidak bertuan untuk dimasukkan dalam perancangan kerja-kerja selenggara berkala?
418) PENYERAGAMAN SKOP PENYELENGGARAAN JALAN DAN PERPARITAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah terdapat langkah segera yang diputuskan di dalam Mesyuarat Penyelarasan Isu Jalan, Longkang dan Parit Tidak Bertuan Bil. 1/2024 telah diadakan pada 11 Januari 2024 mengenai isu di atas?
-
Nyatakan satu tempoh sasaran bilakah penyeragaman ini dapat dilaksanakan.
419) HALA TUJU ANAK-ANAK OKU SELEPAS TAMAT PENGAJIAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri telah merangka program khas yang menghubungkan anak-anak OKU dengan latihan atau pemantauan selepas tamat kursus atau pengajian?
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai program bimbingan atau sokongan kewangan jangka panjang untuk membantu anak-anak OKU ini membangunkan kemahiran berdikari?
420) NGO PEMADAM SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Mulut
-
Berapa jumlah NGO Pemadam yang aktif di Negeri Selangor dan senaraikan Timbalan Pengerusinya?
-
Apakah aktiviti terkini (2024), SPEAK laksanakan bagi mempromosi agenda "Selangor Sejahtera Tanpa Dadah"?
-
Berapa jumlah program kerjasama telah dilaksanakan dengan AADK untuk program pencegahan dadah diperingkat pelajar?
421) PROJEK MENAIK TARAF LONGKANG BUKIT KEMUNING
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Mulut
-
Bilakah projek menaiktaraf longkang di Bukit Kemuning Batu 7 dan Batu 8 akan bermula dan dijangka tamat?
-
Apakah tindakan jangka masa panjang dan pendek bagi mengelak isu banjir?
-
Adakah peruntukan disediakan kepada JPS untuk memperbaiki longkang yang rosak danlampiran terperinci?
422) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah terdapat perancangan untuk projek Rumah Selangorku di DUN Sungai Kandis? Jika ya, nyatakan lokasi.
-
Apakah bantuan kewangan yang disediakan kepada golongan yang tiada punca pendapatan tetap untuk memiliki Rumah Selangorku?
423) PENCAPAIAN SELANGOR DI SUKAN MALAYSIA (SUKMA) 2024
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri Selangor melihat pencapaian kontinjen Negeri Selangor dalam SUKMA baru-baru ini di Sarawak?
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk menggalakkan belia di Selangor menyertai kejohahan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa?
424) TANAH PERKUBURAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan jumlah tanah perkuburan bukan islam yang sedia ada di setiap DUN.
-
Apakah rancangan kerajaan untuk mengawal kos pengebumian bagi bukan muslim?