410) GELANGGANG FUTSAL

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah gelanggang futsal yang telah dibina dan dinaiktaraf oleh Kerajaan Negeri Selangor dari tahun 2020-2023? Sila senaraikan mengikut daerah.

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan dana bagi kerja-kerja penyelenggaraan gelanggang terbabit? Jika ada, nyatakan jumlahnya.

    Klik jawapan »

410) KILANG HARAM

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah kilang-kilang haram di zon industri DUN Sungai Kandis? senaraikan mengikut PBT (MBDK dan MBSA)

    Klik jawapan »

  2. Di antara jumkah di atas, berapakah yang menyertai program pelan pemutihan kilang haram?

    Klik jawapan »

  3. Apakah faktor kilang yang tidak menyertai pelan pemutihan kilang haram? apakah tindakan yang diambil kepada mereka?

    Klik jawapan »

410) PRESTASI AGENSI KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin

Kategori: Mulut


  1. Bagaimanakah hasil penilaian tahap kepuasan pelanggan berurusan dengan agensi Pejabat Daerah dan Tanah di semua daerah bagi tahun 2023?

    Klik jawapan »

411) PENGEMBALIAN SEMULA BAN JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN YANG TELAH DINAIK TARAF MENJADI LALUAN DENGAN TURAPAN TAR DEMI MENGATASI MASALAH PENYELENGGARAN MENGHADAPI AIR PASANG BESAR

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin

Kategori: Mulut


  1. Terdapat beberapa ban JPS di Sungai Burong yang telah dinaik taraf menjadi laluan dengan turapan tar. Bolehkah ia dikembalikan semula kepada ban JPS kerana ia telah pun dinaiki air pada kejadian air pasang besar baru-baru ini untuk tujuan penyelenggaraan?

    Klik jawapan »

411) POKOK TUMBANG

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam membasmi masalah tumbangnya pokok rendang, berisiko dan berusia pada waktu ribut hujan sehingga mengakibatkan kemalangan jiwa dan kerosakan harta benda, khususnya di Bandar Puncak Alam dan kawasan perkampungan sekitar DUN Jeram?

    Klik jawapan »

411) KEBERKESANAN APLIKASI ADUAN OLEH PBT

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad

Kategori: Bertulis


  1. Sejauh mana keberkesanan aplikasi aduan (SISPAA-MBSA) dan (i-responz-MBDK)?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan jumlah aduan diterima, jumlah selesai dan tempoh penyelesaian mengikut PBT (MBSA dan MBDK) bagi tempoh 2022-2024?

    Klik jawapan »

411) ISU KESELAMATAN DAN WARGA ASING

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani

Kategori: Mulut


  1. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam menangani isu lambakan pekerja warga asing yang semakin menguasai ekonomi di Selangor khususnya warga Cina, Bangladesh dan Pakistan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah peranan Anggota polis, Imigresen dan PBT dalam menangani isu lambakan warga asing agar selari dengan (RS-1)?

    Klik jawapan »

412) PENGURUSAN SKIM BANTUAN BINGKAS

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh

Kategori: Mulut


  1. Bagaimanakah proses Pengurusan Skim BINGKAS dilakukan apabila ramai masyarakat di DUN Dengkil mengadu bahawa permohonan mereka ditolak dan ada juga yang sudah menerima bantuan sebelum ini tetapi dibatalkan. Apakah kriteria yang menjadikan perkara seperti ini berlaku?

    Klik jawapan »

412) PELANTIKAN PENGARAH URUSAN/ PENGURUS BESAR/ KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF ANAK SYARIKAT MBI

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan

Kategori: Mulut


  1. Bagaimanakah kaedah pelantikan Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif anak syarikat Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) dibuat?

    Klik jawapan »

  2. Adakah terdapat jawatankuasa yang ditubuhkan untuk meneliti dan mengkaji kredibiliti Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif anak syarikat MBI yang dilantik?

    Klik jawapan »

412) BANTUAN INFRA SEKOLAH AGAMA RAKYAT, SJKC DAN SJKT

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah sekolah (di atas) yang telah menerima bantuan sekolah Selangor sejak tahun 2022-2024 bagi DUN Sungai Kandis? Senaraikan nama sekolah dan jumlah yang diterima.

    Klik jawapan »

  2. Apakah jenis/tujuan permohonan bantuan sekolah-sekolah di atas yang sering dipohon?

    Klik jawapan »

  3. Nyatakan dengan terperinci sekolah agama rakyat di DUN Sungai Kandis yang menerima peruntukan baik pulih infrastruktur bagi tahun 2022 sehingga kini. Jelaskan status pelaksanaan (yang selesai, masih berjalan dan yang menunggu kelulusan).

    Klik jawapan »