398) MASJID DAN SURAU
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan masjid dan surau di DUN Sungai Kandis? Mohon senaraikan.
-
Berapakah peruntukan yang diberi kepada masjid dan surau tersebut bagi tahun 2023 dan 2024? Sila nyatakan.
-
Senaraikan nazir dan pengerusi serta AJK-AJK bagi setiap masjid dan surau tersebut.
399) PKNS
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
-
Apakah strategi kewangan PKNS bagi membiayai pembangunan mega SA Sentral?
399) PEMBANGUNAN TANAH TERBIAR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan pihak Kerajaan Negeri Selangor dalam memanfaatkan tanah-tanah terbiar ini bagi tujuan pembangunan pusat komuniti, rekreasi dan aktiviti sosial termasuk sukan di DUN Morib?
-
Apakah syarat-syarat untuk penduduk ataupun komuniti untuk memhon tanah-tanah terbiar ini untuk dibangunkan?
399) KENDERAAN ELEKTRIK (EV)
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Nyatakan kerjasama Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan industri pengangkutan hijau (EV).
-
Berapakah peruntukan yang ditetapkan?
-
Apakah insentif Kerajaan Negeri bagi menggalakkan sektor perindustrian, perkilangan dan logistik menggunakan EV?
399) E-WASTE
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha kerajaan dalam menangani masalah buangan bahan elektronik yang semakin bertambah?
-
Sejauh manakah usaha kerajaan dalam meningkatkan kesedaran penduduk terhadap pengurusan E-Waste?
-
Senaraikan pusat pengumpulan E-waste di Negeri Selangor.
399) PEMBINAAN MASJID KG LOMBONG
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Bertulis
-
Apakah status kemajuan pembinaan Masjid Kg Lombong di DUN Sungai Kandis?
-
Bilakah tarikh siap pembinaan masjid tersebut mengikut jadual asal?
-
Siapakah pihak yang berkepentingan dalam pembinaan masjid tersebut?
400) PENGUSAHA PENTERNAKAN BABI SECARA TRADISI DI TELOK BUNUT, BANTING
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang telah dilakukan ke atas pengusaha penternakan babi secara tradisi di Telok Bunut, Banting yang menyebabkan pencemaran bau?
400) APLIKASI SELANGKAH
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Bertulis
-
Apakah kemudahan dan perkhidmatan terkini yang disediakan oleh aplikasi Selangkah? Dan senaraikan kemudahan dan perkhidmatan tersebut.
-
Berapakah kadar penggunaan aplikasi Selangkah dari tahun 2023 sehingga kini?
400) GERAN TANAH
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri atas kes-kes pemilikan tanah yang bertukar ke nama orang lain tanpa pengetahuan pemilik tanah sendiri?
400) JALAN RAYA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah kriteria untuk menambahbaik dan menurap jalan kampung khususnya diseluruh kampung di DUN Morib kerana masih ada yang belum dibuat selama bertahun lamanya?
-
Apakah proses permohonan untuk menambahbaik dan menurap jalan ini?
-
Adakah tahun 2024 ini telah disenaraikan dan nyatakan?