393) EKONOMI PENJAGAAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Pang Sock Tao
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan kerajaan untuk memberi sokongan kepada program latihan penjaga melalui dasar yang lebih kukuh, pemberian insentif dan kerjasama antara sektor awam dan swasta?
393) APAKAH PRESTASI MEDIA SELANGOR SDN. BHD.
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah prestasi Media Selangor Sdn Bhd untuk tahun 2023 dan 2024 dari segi capaian media?
-
Apakah kos yang dibelanjakan oleh Media Selangor Sdn Bhd untuk tahun 2023 dan 2024?
393) MENAIK TARAF JALAN KEBUN DAN KAWASAN KAMPUNG
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk menaik taraf kemudahan infrastruktur jalan di kawasan kampung-kampung tradisi di Batang Kali?
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu membina infrastruktur jalan masuk ke kebun pekebun-pekebun kecil di Selangor?
393) ANAK SYARIKAT NEGERI SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
-
Apakah anak-anak syarikat Kerajaan Negeri yang memiliki hutang dengan Kerajaan Negeri? Senaraikan perinciannya dan apakah terma bayaran balik kepada Kerajaan Negeri.
393) PROGRAM BANTUAN KEWANGAN SEKOLAH
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Bilakah kerajaan boleh membuka permohonan bantuan kewangan sekolah tahun 2024?
-
Jangkaan Kerajaan Negeri akan memberi bantuan kewangan Selangor tahun 2024?
-
Jumlah peruntukan yang ditawarkan dalam program bantuan kewangan sekolah dari tahun 2009 hingga 2024.
394) PERCUKAIAN ANAK SYARIKAT AIR SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini kes undang-undang percukaian terhadap anak syarikat Air Selangor oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ?
394) GERAN PENYELIDIKAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan kerajaan untuk tahun 2024 bagi geran ini?
-
Selain dari pihak Universiti, adakah geran ini dibuka kepada pihak lain?
-
Apakah aspek tumpuan penting untuk geran ini?
394) BANJIR KILAT DI KAWASAN SERI GAMBUT, BUKIT NAGA
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Bertulis
-
Setiap kali hujan lebat di kawasan Seri Gambut Bukit Naga, banjir kilat melanda terutama di Taman Pelangi. Apakah perancangan dari pihak Kerajaan Negeri (JPS, JKR, MBSA) untuk mengatasi masalah ini?
-
Huraikan sebab-sebab banjir kilat berlaku di kawasan Seri Gambut Bukit Naga ini terutama di Taman Pelangi?
-
Apakah bentuk bantuan / sumbangan daripada Kerajaan Negeri melalui agensi-agensi terpilih kepada mangsa banjir kilat?
394) PENYELENGGARAAN JALAN-JALAN JKR NEGERI
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk menyelenggara jalan-jalan JKR Negeri di dalam kawasan luar bandar dalam tahun 2023?
-
Sila senaraikan projek-projek tersebut yang telah diluluskan pelaksanaannya dalam tahun 2010-2023 mengikut kampung-kampung dan daerah-daerah di Negeri Selangor.
394) ISU KEMISKINAN DAN KELANGSUNGAN KOS SARA HIDUP
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk membantu kategori golongan asnaf fakir dan miskin untuk mengubah dan mengeluarkan mereka daripada lingkungan kehidupan kemiskinan?
-
Apakah program-program yang membantu golongan tersebut menjana pendapatan untuk mengubah hidup kebergantungan terhadap bantuan Zakat Selangor?