392) ISU SEKOLAH SMK KALUMPANG
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Mulut
-
Apakah status dan tindakan isu berkaitan tanah mendap di padang sekolah SMK Kalumpang?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang membaik pulih struktur tanah tersebut?
392) PEMERKASAAN SEKTOR PERIKANAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri dalam memperkasakan sektor perikanan?
-
Apakah bantuan kepada nelayan kecil di Selangor?
-
Bagaimana kerajaan mempromosikan akuakultur sebagai sumber ekonomi?
392) DASAR PERLANTIKAN DAN GAJI
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Mulut
-
Apakah halangan utama untuk Kerajaan Negeri melaksanakan dasar gaji RM3000 kepada seluruh kakitangan DUN?
-
Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan bagi menukar status kerja kontrak kepada status kerja tetap bagi kakitangan kerajaan yang telah berkhidmat selama tempoh 10- 15 tahun?
392) TAPAK PELUPUSAN SAMPAH HARAM
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan tapak-tapak pelupusan sampah haram di seluruh Negeri Selangor. Apakah status tindakan penguatkuasaannya?
392) PENUBUHAN SELANGOR JOBS AND SKILL COUNCIL
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Apakah penubuhan ini telah dapat direalisasikan?
-
Siapakah yang terlibat dalam penubuhan ini?
-
Berapakah jumlah peluang pekerjaan yang akan dapat dinikmati oleh rakyat Selangor melalui penubuhan ini?
392) BANJIR KILAT DI JALAN JAYA SETIA DAN SEKITARNYA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan dan perancangan kerajaan di dalam menyelesaikan isu banjir kilat yang kerap berlaku di kawasan berkenaan sehingga menyebabkan penduduk setempat menjadi trauma?
-
Apakah mangsa banjir boleh membuat tuntutan ganti rugi dan bagaimana caranya?
392) KEMALANGAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan dan senaraikan statistik atau data kemalangan jalan raya yang melibatkan pejalan kaki, penunggang motosikal, pemandu kereta, lori dan lain lain kenderaan di kawasan DUN Morib.
-
Nyatakan apakah punca kemalangan yang sering berlaku di DUN Morib.
-
Nyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor untuk membendung masalah kemalangan ini di DUN Morib.
392) PERUMAHAN MAMPU MILIK
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Bertulis
-
Berapakah keluasan tanah yang diperlukan untuk pembinaan rumah mampu milik?
-
Berapa unit rumah yang boleh dibina satu-satu di kawasan yang dipilih / ditetapkan?
-
Adakah terdapat perancangan daripada pihak Kerajaan Negeri untuk membina rumah mampu milik di DUN Sungai Kandis? Sila nyatakan bila dan lokasinya (jika ada) dan sebab-sebab tiada perancangan (jika tiada).
393) EKONOMI PENJAGAAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Pang Sock Tao
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan kerajaan untuk memberi sokongan kepada program latihan penjaga melalui dasar yang lebih kukuh, pemberian insentif dan kerjasama antara sektor awam dan swasta?
393) APAKAH PRESTASI MEDIA SELANGOR SDN. BHD.
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah prestasi Media Selangor Sdn Bhd untuk tahun 2023 dan 2024 dari segi capaian media?
-
Apakah kos yang dibelanjakan oleh Media Selangor Sdn Bhd untuk tahun 2023 dan 2024?