389) LEBUHRAYA PJD-LINK
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
-
Apakah jaminan Kerajaan Negeri untuk tidak mempertimbang kembali kelulusan bagi projek Petaling Jaya Dispersal Link (PJD-Link)?
389) RUMAH SELANGORKU DI MORIB
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan terkini Rumah Selangorku di Morib?
-
Adakah projek ini akan siap sepenuhnya pada bulan Disember 2024 seperti mana yang telah dijanjikan dan serahan kunci akan diberi kepada pemilik rumah tersebut?
389) PENAMBAHAN SEKOLAH DI KAWASAN DUN SUNGAI KANDIS
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Bertulis
-
Pelajar Dun Sungai Kandis terpaksa ke sekolah di kawasan Dun Kota Kemuning akibat kepadatan pelajar di kawasan Sg Kandis. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menambah jumlah sekolah rendah dan menengah di kawasan Dun Sungai Kandis bagi menampung permintaan yang sangat tinggi ini? Dimanakah kawasan-kawasan yang akan dibangunkan sekolah baru itu?
-
Sekiranya tiada apa-apa perancangan daalm jarak masa terdekat, apakah solusi Kerajaan Negeri bagi masalah ini khususnya bagi keluarga yang kurang kemampuan yang terpaksa mengeluarkan kos berlebihan kerana menghantar anak-anak ke sekolah kawasan yang jauh?
389) PERKHIDMATAN KAKITANGAN KONTRAK
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Mulut
-
Berapa ramaikah kakitangan kontrak yang telah berkhidmat lebih 15 tahun di SUK Selangor dan mengapakah mereka ini tidak diserapkan ke jawatan tetap?
390) PENAMBAHBAIKAN AKSESIBILITI JALAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Pang Sock Tao
Kategori: Mulut
-
Apakah status perancangan kerajaan bagi menyambungkan jalan dari Persiaran Bunga Raya ke Jalan Widuri yang pernah dibangkit dalam Bajet Negeri 2021?
-
Adakah kerajaan berhasrat untuk meningkat kecekapan aksesibiliti dari Tol Bukit Sentosa ke Kuala Kubu Baharu dengan jalan 4 Lorong?
390) LEMBU BERKELIARAN DI IJOK
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) bagi menangani masalah lembu yang berkeliaran di jalan raya khususnya di Ijok?
-
Nyatakan jumlah tindakan seperti kompaun atau sitaan bagi mengatasi masalah lembu berkeliaran di Ijok.
390) PERHUTANAN NEGERI
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah keluasan hutan simpan kekal di Selangor pada tahun 2024 berbanding 5 tahun sebelumnya ?
390) JALAN SIJANGKANG UTAMA
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang diambil dan status naik taraf bagi Jalan Sijangkang Utama yang teruk dan berlubang-lubang?
390) PERKHIDMATAN AHLI MAJLIS
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri punya tekad supaya Ahli Majlis PBT berkhidmat dengan efisyen?
-
Apakah syarat-syarat yang ditentukan Kerajaan Negeri bagi melahirkan Ahli Majlis PBT yang mampu berkhidmat dengan efisyen?
-
Apakah tindakan kerajaan sekiranya ada aduan rakyat terhadap Ahjli Majlis tidak efisyen?
390) PANTAI MORIB
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini projek pembangunan pemuliharaan pantai Morib?
-
Adakah pelan asal telah berubah dan apakah sebabnya?