388) PERKHIDMATAN BAS SELANGORKU
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Bertulis
-
Bolehkah pihak sekolah berasrama memohon untuk menggunakan perkhidmatan Bas Selangorku untuk kegunaan pelajar mereka pergi dan pulang ke masjid untuk Solat Jumaat?
-
Jika boleh, nyatakan caranya.
388) ISU BANJIR KILAT
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Bilakah Kerajaan Negeri akan menyelesaikan isu banjir kilat yang sering berlaku di kawasan DUN Sungai Kandis?
-
Apakah inisiatif-inisiatif yang telah diambil untuk menangani masalah ini yang tetap berlaku setiap tahun?
388) AIR PERCUMA SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah pemohon dan penerima manfaat Skim Air Percuma Selangor setakat ini?
-
Berapakah jumlah perbelanjaan Kerajaan Negeri untuk inisiatif ini setakat 2024?
388) MASALAH BANJIR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong
Kategori: Mulut
-
Adakah cara penyelesaian atau pendekatan permasalahan banjir Kerajaan Negeri Sembilan dan Kerajaan Negeri Selangor yang melibatkan Sungai Labu (RTB)?
-
Bagaimana penyelarasan diantara Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) untuk mengatasi masalah banjir?
388) PKNS
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah hutang PKNS dan berapakah jumlah hutang yang perlu diselesaikan bagi tahun 2024 dan 2025 ?
388) USAHA PELANCONGAN DI PETALING JAYA
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mempromosikan dan meningkatkan pelancongan di Petaling Jaya?
-
Apakah usaha MBPJ untuk mempromosikan dan meningkatkan pelancongan di Petaling Jaya?
389) LEBUHRAYA PJD-LINK
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
-
Apakah jaminan Kerajaan Negeri untuk tidak mempertimbang kembali kelulusan bagi projek Petaling Jaya Dispersal Link (PJD-Link)?
389) RUMAH SELANGORKU DI MORIB
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan terkini Rumah Selangorku di Morib?
-
Adakah projek ini akan siap sepenuhnya pada bulan Disember 2024 seperti mana yang telah dijanjikan dan serahan kunci akan diberi kepada pemilik rumah tersebut?
389) PENAMBAHAN SEKOLAH DI KAWASAN DUN SUNGAI KANDIS
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Bertulis
-
Pelajar Dun Sungai Kandis terpaksa ke sekolah di kawasan Dun Kota Kemuning akibat kepadatan pelajar di kawasan Sg Kandis. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menambah jumlah sekolah rendah dan menengah di kawasan Dun Sungai Kandis bagi menampung permintaan yang sangat tinggi ini? Dimanakah kawasan-kawasan yang akan dibangunkan sekolah baru itu?
-
Sekiranya tiada apa-apa perancangan daalm jarak masa terdekat, apakah solusi Kerajaan Negeri bagi masalah ini khususnya bagi keluarga yang kurang kemampuan yang terpaksa mengeluarkan kos berlebihan kerana menghantar anak-anak ke sekolah kawasan yang jauh?
389) PERKHIDMATAN KAKITANGAN KONTRAK
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Mulut
-
Berapa ramaikah kakitangan kontrak yang telah berkhidmat lebih 15 tahun di SUK Selangor dan mengapakah mereka ini tidak diserapkan ke jawatan tetap?