27) PENYELENGGARAAN JALAN, PARIT, LONGKANG DAN RUMPUT TEPI JALAN BAGI JALAN-JALAN JKR DAN JALAN-JALAN LUAR BANDAR
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Mohon penjelasan YAB Dato Menteri Besar, sejauh manakah peranan kerajaan Selangor melaksanakan dan melakukan pemantauan terhadap aspek penyelenggaraan jalan, parit, longkang dan rumput tepi jalan bagi jalan-jalan JKR dan jalan-jalan luar bandar?
27) TUNGGAKAN AIR PERCUMA
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
-
Penghuni flet telah ramai bertukar dari penggunaan meter pukal kepada meter individu dan melayakkan mereka menikmati skim air percuma. Adakah kerajaan negeri bercadang membayar tunggakan air percuma sejak tiga tahun lalu?
-
Berapakah anggaran wang diperlukan untuk membuat bayaran tersebut?
27) UNIT TINDAKAN DENGGI (UTD)
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan tanggungjawab dan peranan UTD?
-
Bagaimanakah SOP kerja UTD?
27) KAWALAN BINATANG LIAR SEPERTI BABI HUTAN
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah gangguan babi hutan yang makin meningkat populasinya dan memberi ancaman keselamatan kepada penduduk kampung?
-
Adakah pihak Kerajaan Negeri mempunyai hasrat untuk membekalkan senjata api kepada anggota Rela khusus untuk ditugaskan menghapuskan babi hutan?
27) KAWASAN KUARI BERHAMPIRAN BANDAR SUNWAY SEMENYIH & KAJANG PERDANA
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Saya menerima banyak aduan daripada penduduk mengenai kegiatan kuari berhampiran Bandar Sunway Semenyih dan Kajang Perdana yang mengadu kegiatan meletup batu serta pencemaran habuk telah mengganggu kehidupan mereka. Mohon penjelasan Kerajaan Negeri mengenai langkah-langkah supaya kegiatan kuari tidak mengganggu keselesaan hidup penduduk dan memastikan pengusaha menjalankan operasi mengikut undang-undang
-
Saya dimaklumkan , kira-kira 100 ekar kawasan tanah yang dimaksudkan pada (a) akan diwartakan sebagai kawasan kuari. Jika perkara ini benar, apakah kewajarannya dan berapa lama tempohnya kuari-kuari tersebut dibenarkan beroperas
-
Berapakah bilangan pengusaha kuari di kawasan tersebut yang berlesen ataupun yang tidak berlesen
27) PROJEK INDUSTRI BABI
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Haji Mohamed Idris Bin Haji Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Meluluskan projek industri babi secara besar-besaran tanpa kajian yang terperinci, adakah ia merupakan langkah kerajaan yang baik?
27) SUMBANGAN ANAK-ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI (GLC) TERHADAP PROGRAM-PROGRAM KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Senaraikan anak-anak Syarikat Kerajaan Negeri (GLC)
-
Berapa keuntungan selepas cukai syarikat-syarikat ini?
-
Berapa sumbangan diberikan oleh syarikat-syarikat ini terhadap program- program Kerajaan. Senaraikan mengikut anak syarikat
27) TVET (TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATION AND TRAINING)
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua institusi-institusi Technical and Vocational Education and Training (TVET) di Negeri Selangor (swasta dan kerajaan) serta nyatakan jumlah pelajar dan kursus yang diberikan oleh institusi-institusi ini.
-
Apakah usaha Kerajaan dalam membangunkan TVET di Negeri Selangor?
-
Apakah pencapaian Kerajaan Negeri dalam pembangunan TVET?
27) PEKERJA P-HAILING
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
-
Adakah sebarang rancangan mahupun inisiatif sendiri dari Kerajaan Negeri sebagai sokongan kepada kira-kira 30 ribu rider p-hailing berdaftar di Selangor yang sangat berisiko dari aspek keselamatan di atas jalan raya?
27) PEMBANGUNAN SUKAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Nyatakan langkah-langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk pembangunan sukan dan atlet di Negeri Selangor.
-
Senaraikan semua program pembangunan yang telah dilaksanakan pada tahun 2017 serta kosnya.