387) INFRASTRUKTUR LAMPU DAN JALAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Mulut
-
Bagaimana Kerajaan Negeri meneliti tempat-tempat yang sesuai untuk meletakkan lampu solar (tiang merah kuning)?
-
Adakah lampu solar tersebut boleh di mohon oleh penduduk setempat?
-
Mohon penjelasan Kerajaan Negeri berkaitan jalan-jalan di DUN Sungai Panjang yang berubah status selepas dibaik pulih.
387) SKIM AIR DARUL EHSAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah permohonan dan pecahan secara bulanan bagi Skim Air Darul Ehsan (SADE) sejak program ini diperkenalkan ? Berapakah jumlah dan pecahan permohonan yang lulus mengikut kawasan DUN ?
387) PEMBAIKAN RUMAH IBADAT
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah terdapat peruntukan yang disediakan oleh kerajaan Selangor bagi tujuan pembaikan/ menaik taraf rumah ibadat? (masjid, surau dan rumah ibadah bukan Islam)
-
Sekiranya ada, apakah bentuk bantuan yang diberikan dan bagaimanakah cara untuk memohon?
387) BANJIR KILAT DI TAMAN PALM GROVE, TAMAN CHI LIUNG KLANG DAN TAMAN BAYU PERDANA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan dari MBDK dan JPS untuk mengatasi banjir kilat di Taman Palm Grove, Taman Chi Liung Klang dan Taman Bayu Perdana?
387) BANTUAN BLUEPRINT
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukan maksimum yang diberikan kepada setiap pemohon bantuan Blueprint ini pada tahun 2024?
-
Senaraikan penerima yang telah mendapat bantuan Blueprint dan jumlah peruntukan yang diberi kepada pemohon di DUN Morib dari tahun 2020 sehingga 2023.
-
Apakah syarat-syarat terkini untuk memohon program bantuan Blueprint ini?
387) PERUNTUKAN KEPADA ADUN DAN PENYELARAS DUN PEMBANGKANG
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peruntukan disalurkan oleh Kerajaan Negeri kepada Penyelaras DUN di kawasan DUN Pembangkang?
-
Adakah Penyelaras DUN perlu untuk menyatakan atau menyediakan laporan bagi program-program yang dibuat menggunakan peruntukan tersebut? Sila nyatakan perkara-perkara yang wajib Penyelaras DUN lakukan menggunakan peruntukan tersebut.
-
Mengapakah Kerajaan Negeri menafikan peruntukan kepada ADUN Pembangkang sedangkan ianya adalah untuk kegunaan kebajikan penduduk? Berikan justifikasi Kerajaan Negeri membuat keputusan menafikan peruntukan tersebut kepada ADUN Pembangkang.
387) PENGURUSAN TRAFIK DI KOTA KEMUNING
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah yang telah diambil untuk pengurusan trafik di Kota Kemuning?
-
Apakah rancangan jangka pendek dan panjang untuk meningkatkan aliran trafik di kawasan ini?
-
Adakah kerajaan bercadang untuk menambah lorong khas basikal dan pejalan kaki bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas?
387) SUMBER TENAGA HIJAU
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan jumlah ladang solar, lokasi dan syarikat di Negeri Selangor.
-
Apakah insentif diberi peladang untuk membuka dan memaju ladang solar?
-
Sila nyatakan manfaat kepada kerajaan melalui kemajuan ladang solar.
388) AIR PERCUMA SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah pemohon dan penerima manfaat Skim Air Percuma Selangor setakat ini?
-
Berapakah jumlah perbelanjaan Kerajaan Negeri untuk inisiatif ini setakat 2024?
388) MASALAH BANJIR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong
Kategori: Mulut
-
Adakah cara penyelesaian atau pendekatan permasalahan banjir Kerajaan Negeri Sembilan dan Kerajaan Negeri Selangor yang melibatkan Sungai Labu (RTB)?
-
Bagaimana penyelarasan diantara Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) untuk mengatasi masalah banjir?