382) PELAKSANAAN PENGECUALIAN CUKAI TAKSIRAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah impak kewangan yang ditanggung Kerajaan Negeri hasil pelaksanaan pengecualian cukai taksiran kepada kampung tradisi dan rumah kos rendah sebelum ini ? Apakah sasaran kutipan daripada pengenalan semula cukai taksiran ini ?
382) NAIK TARAF JALAN-JALAN PLB DI DUSUN TUA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri dalam usaha menaik taraf jalan-jalan PLB terutama jalan-jalan kampung?
-
Apakah terdapat cadangan menambah peruntukan bagi menaik taraf jalan-jalan PLB ini?
382) PERUMAHAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Bertulis
-
Adakah status Sentoria Morib Resort City yang sehingga kini terbengkalai sehinggakan menjadi ladang pokok pisang dan ubi kayu?
-
Apakah tindakan dan penyelesaian yang akan ambil oleh Kerajaan Negeri Selangor berkenaan projek ini?
-
Apakah tindakan dan penyelesaian mengenai permasalahan di Taman Riviera Bandar Peranginan Sri Morib yang juga berada didalam kawasan Sentoria Morib Resort City yang bermasalah dari segi penyelenggaraan lampu jalan,pemotongan rumput,papan tanda,sistem perparitan dan jalan yang perlu penyelenggaraan?
382) PENGGUNAAN TANAH SECARA MAMPAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Mulut
-
Bagaimana Kerajaan Negeri memastikan keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan pemuliharaan sumber alam dalam perancangan penggunaan tanah di Selangor?
382) NAFKAH TERTUNGGAK
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Mulut
-
Bagaimana kerajaan membantu membela isu nafkah tertunggak walaupun setelah perintah makamah dikeluarkan?
-
Apakah sokongan kewangan atau alternatif yang disediakan untuk membantu dalam tempoh tersebut?
-
Berapakah pemohon menggunakan bantuan guaman kerajaan dalam isu ini dari Januari 2020 hingga Julai 2024?
382) PEMBANGUNAN WANITA SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri yang telah dilaksanakan dalam perkara pembangunan wanita antara tahun 2013-2023?
-
Apakah pendirian dasar Kerajaan Negeri untuk memastikan penglibatan wanita dalam program pembangunan dan peningkatan tahap sosio ekonomi?
-
Apakah tahap kejayaan yang dicapai menerusi inisiatif yang dilaksanakan?
382) PEMBANGUNAN KAUM INDIA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Bertulis
-
Apakah program-program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk membangunkan Pendidikan dan taraf sosioekonomi komuniti kaum India di Selangor khususnya Kawasan Hulu Selangor?
-
Berapakah jumlah keseluruhan bajet yang digunakan oleh Kerajaan negeri untuk program-program yang melibatkan pengkhususan untuk Pembangunan kaum India di Selangor pada tahun 2022, 2023 dan 2024 mengikut daerah di Selangor?
382) SEMIKONDUKTOR DAN CIP KOMPUTER
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah dan dasar Kerajaan Selangor untuk mendapat pelabur untuk melabur semikonduktor dan cip komputer?
-
Berapakah kilang semikonduktor yang berada di Selangor?
-
Berapakah jumlah nilai menyumbang kepada ekonomi negara daripada semi kontraktor?
383) COVID 19
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah langkah terkini Kerajaan Negeri Selangor dalam membendung dan mengawal pandemik Covid 19 di Negeri Selangor yang kini semakin merebak semula?
-
Apakah statistik penduduk yang dijangkiti Covid 19 dan yang telah sembuh ataupun yang telah meninggal dunia serta berikan secara terperinci keseluruhan berkenaan Covid 19 di Negeri Selangor?
383) BUSINESS MODEL UNTUK KELESTARIAN AIR SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Nyatakan pilihan-pilihan business model yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk diangkat kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebagai kaedah pembiayaan bagi menampung perbelanjaan pembangunan (capex) dan operasi (opex) Air Selangor.