380) ILTIZAM SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Bertulis
-
Apakah data terperinci jumlah pemohonan, jumlah yang menerima program Iltizam Selangor dan jumlah kuota yang disediakan mengikut semua program-program di bawah Iltizam Selangor pada tahun 2023 dan 2024?
381) INISIATIF KERAJAAN NEGERI KEPADA RAKYAT NEGERI SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah pembiayaan kerajaan dan jumlah penerima manfaat bagi semua inisiatif-inisiatif Kerajaan Negeri bagi tahun 2020 sehingga 2024.
381) TARIF AIR DAN ELEKTRIK ISTIMEWA UNTUK RUMAH IBADAT
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Adakah pihak Air Selangor dan TNB mempunyai tarif istimewa/ diskaun kepada rumah-rumah Ibadat?
-
Jika tiada, adakah terdapat perancangan untuk berbuat demikian?
381) LAMPU SOLAR (TIANG MERAH KUNING)
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah lampu solar (tiang merah kuning) dan apakah kawasan keseluruhan lampu solar yang telah dipasang di DUN Morib dan senaraikan jumlah dan juga kawasan yang akan dipasang dengan lampu solar tersebut?
-
Adakah penduduk boleh membuat permohonan untuk diberikan lampu solar (tiang merah kuning) di kawasan mereka?
-
Adakah ADN pembangkang boleh memohon untuk diletakkan lampu solar tersebut buat penduduk kawasan di DUN Morib?
381) KEMUDAHAN SUKAN DI DUN SUNGAI KANDIS
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan dewan / kompleks / kemudahan sukan yang terdapat di DUN Sungai Kandis? Sila nyatakan mengikut PBT dan MPKK
-
Bagaimanakah cara memohon baik pulih kemudahan sukan (seperti gelangang futsal, gelanggang badminton dan lain-lain)?
-
Berapakah peruntukan baik pulih kemudahan sukan yang disediakan untuk DUN Sungai Kandis?
381) PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Mulut
-
Adakah terdapat pelaburan baharu dalam bentuk infastruktur di DUN Semenyih yang sedang dirancang oleh Kerajaan Negeri?
-
Sejauh manakah pembangunan infrastruktur yang baharu ini dapat meningkatkan taraf hidup penduduk Semenyih?
381) HADIAH BANTUAN PENGAJIAN IPT (HPIPT)
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat akan menetapkan HPIPT sebanyak 2 kali setahun? Memandangkan kemasukan ke IPT adalah pada bulan September atau Oktober.
381) LIBERAL
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri selangor untuk menangani isu Islam liberal?
-
Bagaimana Kerajaan Negeri memanfaatkan jaringan bersama NGO dalam menangani isu-isu Islam liberal di Negeri Selangor?
381) OUTLET KOTA PUTERI
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Mulut
-
Adakah terdapat cadangan oleh JPS Selangor untuk mengkaji semula reka bentuk outlet di Kota Puteri untuk mengawal air yang menyebabkan banjir di Ijok?
-
Apakah ada kelulusan oleh Kerajaan Negeri disebahagian rezab sungai/tadahan banjir di SgBuloh (Ijok) sebagai tempat pembuangan sampah?
381) STATUS SURAU, MASJID DAN SEKOLAH AGAMA (SRA DAN KAFA)
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Bertulis
-
Apakah data terperinci status tanah mengikut nama surau, masjid dan sekolah agama (SRA DAN KAFA) di seluruh Kawasan Adn Batang Kali, Kuala Kubhu Bharu Dan Hulu Bernam pada tahun 2024?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membantu menyelesaikan isu dan status penggunaan tanah untuk surau, masjid dan sekolah agama (SRA dan KAFA) di Hulu Selangor?