379) TAPAK GANTIAN GELANGGANG FUTSAL KAMPONG CHODOI
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah status tapak gantian gelanggang futsal di Kampung Chodoi?
-
Berapakah peruntukan yang disediakan untuk pembinaan gelanggang futsal tersebut?
-
Bilakah gelanggang futsal ini akan dibina?
379) ANAK ISTIMEWA SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Apakah status penubuhan Yayasan Insan Istimewa Selangor yang telah diumumkan pada Julai 2023?
380) PEMASANGAN LAMPU SOLAR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Mulut
-
Apakah kriteria utama dan lokasi yang dipilih untuk pemasangan lampu solar?
-
Berapakah pemasangan yang telah dibuat di DUN Sementa sejak 2020 hingga terkini?
380) ISU SAMPAH DOMESTIK DAN PUKAL
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar Kerajaan Negeri berkenaan pengutipan sampah di kampung-kampung tradisi bagi seluruh Selangor khususnya di DUN Dengkil?
-
Adakah penduduk yang membayar cukai tanah tidak mendapat perkhidmatan pengurusan sampah seperti di kawasan-kawasan perumahan yang ditadbir bawah PBT khususnya di DUN Dengkil?
380) ILTIZAM SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Bertulis
-
Apakah data terperinci jumlah pemohonan, jumlah yang menerima program Iltizam Selangor dan jumlah kuota yang disediakan mengikut semua program-program di bawah Iltizam Selangor pada tahun 2023 dan 2024?
380) TAPAK PENIAGA DI BANDAR PUNCAK ALAM
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Dengan kemunculan semakin ramai peniaga dan penjaja jalanan di sekitar Bandar Puncak Alam, adakah Kerajaan Negeri melalui PBT mempunyai perancangan untuk mewartakan tapak-tapak baharu bagi permohonan permit?
-
Jika ada, apakah garis masa penambahan ini dan dimanakah lokasi yang dicadangkan?
380) HAK ORANG ASLI PRIBUMI DAN BUMIPUTERA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif kerajaan untuk membela nasib orang asli pribumi dan bumiputera di Selangor?
-
Apakah status dan kaedah yang akan dilaksanakan oleh kerajaan untuk menyelesaikan isu tanah adat orang Asli di Selangor khususnya di Kg Gurney dan Hulu Tamu Batang Kali?
380) STADIUM SHAH ALAM
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan tanah-tanah yang telah ditawarkan kepada pihak MRCB bagi tujuan landswapping untuk pembangunan Stadium Shah Alam.
380) TANAH TOL
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Bertulis
-
Berapakah keluasan tanah TOL (temporary occupation licence) dikawasan DUN Morib dan adakah tanah JPS dan JKR termasuk didalam kategori tanah tol?
-
Adakah tanah TOL masih boleh dipohon dan bagaimana proses atau prosedur permohonan terkini?
380) JALAN-JALAN MARRIS DAN PBT DI BAWAH DUN SUNGAI KANDIS
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jalan-jalan MARRIS dan PBT di DUN Sungai Kandis?
-
Nyatakan jalan-jalan di bawah DUN Sungai Kandis yang telah mendapat kelulusan peruntukan PBT dan MARRIS untuk membaiki dan menaik taraf jalan-jalan kampung pada tahun 2024/2025?