372) MASALAH DENGGI
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Apakah mekanisme kerajaan negeri untuk memastikan jumlah kes denggi yang tinggi menurun?
-
Senaraikan tindakan yang kerajaan negeri telah laksanakan untuk membendung wabak ini?
372) VANDALISME KEMUDAHAN AWAM
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Mulut
-
Apakah program yang telah dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada orang awam tentang vandalisme?
-
Bagaimana kerajaan menangani vandalisme ini?
-
Selain kemudahan awam, apakah terdapat juga masjid dan rumah ibadah yang menjadi tumpuan mereka melakukan perkara yang sama dalam pemerhatian Kerajaan Negeri?
372) MENARA TELEKOMUNIKASI DI MASJID DAN SURAU
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
-
Apakah kaedah pemilihan syarikat Pancar Bakti Sdn Bhd sebagai konsesi pengendali menara telekomunikasi bagi seluruh masjid dan surau di Negeri Selangor? Apakah MAIS mempunyai pegangan dalam projek ini dan berapakah jumlah masjid dan surau terlibat?
372) STATUS PEMBINAAN SEKOLAH BARU DI DUN SUNGAI KANDIS
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Bertulis
-
Bilakah pembinaan SMK Johan Setia yang telah diluluskan pembinaannya dalam RMKe-12 tahun 2023 akan dimulakan?
-
Apakah status permohonan perolehan tanah bagi cadangan pembinaan sekolah berikut :
1. SK Desa Latania dalam RMKe-12 RP4 tahun 2024
2. SK Bandar Puteri dalam RMKe-12 RP5 tahun 2025
3. SMK Alam Impian dalam RMKe-12 RP5 tahun 2025
372) PEMBANGUNAN TENAGA BOLEH BAHARU
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling
Kategori: Mulut
-
Apakah faktor utama yang membolehkan projek SHP Batang Kali disiapkan setahun lebih awal daripada jadual?
-
Bagaimanakah pembangunan loji hidro kecil, solar dan teknologi baharu di Selangor menyumbang kepada sasaran nasional mencapai 40% tenaga boleh baharu menjelang 2035?
-
Apakah cabaran dihadapi?
372) ISU BEKALAN AIR DI DUN KUANG
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Mulut
-
Masalah tekanan dan bekalan air di Kuang telah menyebabkan permohonan bekalan air baru oleh penduduk yang membina rumah ditanah sendiri terutamanya di Lorong Orkid Kuang ditolak. Apakah perancangan pihak berkaitan bagi menyelesaikan masalah tersebut terutamanya permohonan bekalan air baru?
373) PERUMAHAN AGAK KRITIKAL DI MANA RATA-RATA PENDUDUK SUNGAI BURONG ADALAH BERPENDAPATAN RENDAH / SEDERHANA, TIDAK MAMPU MEMBELI RUMAH DI PASARAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Mulut
-
Adakah lot tanah milik agensi boleh dibangunkan oleh syarikat perumahan Kerajaan Negeri bagi pembinaan rumah kos rendah untuk golongan ini?
-
Dalam jawapan soalan lalu, terdapat lot tanah milikan SYABAS yang terbiar tanpa manfaat, bolehkah tanah ini dimanfaatkan untuk tujuan ini?
373) LORI KUARI KELUAR MASUK KE TAPAK KUARI MELALUI JALAN PERSIARAN MAHKOTA 1, BANDAR MAHKOTA CHERAS KAJANG
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri membenarkan pengusaha kuari ini menggunakan jalan perumahan yang tidak sesuai dijadikan laluan kenderaan berat?
-
Apakah tindakan yang telah diambil untuk menyelesaikan isu ini kerana lori keluar masuk telah merosakkan jalan dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain?
373) GERAI ATAU KEDAI MPS DI BANDAR TASIK PUTERI
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Ramai peniaga di Bandar Tasik Puteri berniaga di tepi jalan kerana tidak mampu membayar sewa kedai yang sangat tinggi. Adakah MPS mempunyai perancangan untuk membina gerai atau kedai sewaan bagi membolehkan peniaga berniaga di tapak kekal?
373) KEBAJIKAN WARGA EMAS
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam penyediaan perkhidmatan sosial kepada warga emas yang tinggal bersendirian atau tidak mempunyai keluarga?
-
Apakah inisiatif kerajaan dalam usaha memastikan kemudahan awam mesra warga emas?
-
Apakah program kesihatan pencegahan yang disediakan untuk warga emas?