371) KETIADAAN TAPAK PEMBUANGAN SAMPAH
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Mulut
-
Apakah penyelesaian kepada ketiadaan Tapak Pembuangan Sampah di Kampung Tradisi?
-
Bagaimanakah prosedur untuk memohon dan pihak mana yang bertanggungjawab menyediakan kemudahan tapak tong sampah kampung tradisi?
-
Apakah penyelesaian masalah berkenaan ketiadaan tempat pembuangan sampah khususnya di Kampung Permatang,Kuala Selangor ?
371) INDUSTRI PERTANIAN DAN PENTERNAKAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Bertulis
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk membantu golongan-golongan petani dan penternak bagi memberikan hasil pertanian dan penternakan dalam jumlah skala yang besar?
-
Berapakah jumlah tanah PKPS di Hulu Selangor yang masih belum diusahakan dan sila senaraikan jumlah tanah PKPS dan Kawasan yang masih belum disewakan kepada mana-mana pihak?
-
Sila senaraikan nama-nama Syarikat atau individu yang menyewa tanah PKPS di Hulu Selangor beserta dengan data terperinci Jumlah Tanah yang disewa, tahun mula sewa, tujuan sewaan tersebut dan hasil pendapatan kepada PKPS.
371) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
-
Apakah projek RSKU yang mengakibatkan PKNS terpaksa menanggung sejumlah RM 31.6 juta impairment cost pada tahun kewangan berakhir Disember 2021?
371) SUMBANGAN SEKTOR PERTANIAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Nyatakan sumbangan sektor pertanian kepada ekonomi negeri tahun 2014?
-
Apakah strategi bagi meningkatkan sumbangan sektor ini di tahun 2015?
-
Apakah prospek sumbangan sektor ini di tahun 2015?
371) PEMBANGUNAN KOMERSIAL DAN PERUMAHAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan negeri Selangor ada perancangan untuk membuat kawasan perumahan yang bertaraf bandar seperti Bandar Rimbayu di kawasan DUN Morib?
-
Senaraikan projek perumahan kerajaan negeri Selangor dan syarikat swasta di DUN Morib yang dalam pembinaan dan akan dibina di DUN Morib.
-
Senaraikan projek pembangunan komersial dan industri di DUN Morib yang dalam pembinaan dan akan dibina di DUN Morib.
371) KEMUDAHAN PADANG AWAM/ SUKAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri ada menaik taraf padang-padang awam dalam usaha memperbanyakkan padang bola sepak rumput?
-
Dimanakah program tersebut dibuat dalam daerah Hulu Langat?
-
Berapakah kosnya dan daripada manakah sumber pembiayaannya?
372) ISU BEKALAN AIR DI DUN KUANG
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Mulut
-
Masalah tekanan dan bekalan air di Kuang telah menyebabkan permohonan bekalan air baru oleh penduduk yang membina rumah ditanah sendiri terutamanya di Lorong Orkid Kuang ditolak. Apakah perancangan pihak berkaitan bagi menyelesaikan masalah tersebut terutamanya permohonan bekalan air baru?
372) APAKAH PROGRAM-PROGRAM ILTIZAM SELANGOR YANG DISAMPAIKAN KEPADA RAKYAT SELANGOR DALAM TEMPOH PILIHANRAYA KE-15?
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Mulut
-
Dalam tempoh kempen PRU Parlimen 2022?
-
Dalam tempoh kempen PRU Negeri Selangor 2023?
372) SEKOLAH AGAMA PERSENDIRIAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan proses pendaftaran Sekolah Agama Persendirian di Selangor?
-
Berapakah jumlah yang telah berjaya, yang masih dalam proses dan yang tidak berminat?
-
Apakah tindakan dan penyelesaian kepada yang tidak berminat atau tidak mampu?
372) PEMBINAAN RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Harga jualan rumah di Kuang amat tinggi, sedangkan kebanyakan penduduk setempat merupakan golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Apakah perancangan dan tindakan kerajaan bagi memastikan penduduk setempat mampu memiliki rumah sendiri terutamanya golong muda dan berpendapatan rendah?