366) ISU KEMISKINAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Bertulis
-
Apakah senarai data terperinci jumlah golongan B40, golongan asnaf dan di Daerah Hulu Selangor mengikut kaum dan Kawasan perumahan pada tahun 2022, 2023 dan 2024?
-
Apakah inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membantu golongan asnaf dan golongan B40 dalam mengurangkan bebanan kos sara hidup?
366) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
-
Berdasarkan pendapatan yang direkodkan oleh PKNS untuk tahun kewangan berakhir Disember 2022, berapakah jumlah pendapatan yang diperolehi hasil daripada penjualan & pendapatan Rumah Selangorku untuk tempoh tahun kewangan yang sama?
366) PELABURAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah pelabur tempatan dan asing yang telah dan akan melabur di DUN Morib terkini.
-
Nyatakan jenis pelaburan dan nilai serta lokasi di DUN Morib terkini.
366) PEMBANGUNAN MASJID SUNGAI CHINCHIN, GOMBAK
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
-
Apakah status kemajuan cadangan pembangunan Masjid Sungai Chinchin, Gombak yang telah beberapa kali diumumkan oleh Kerajaan Negeri?
366) INFRASTRUKTUR JALAN RAYA DI DUN SG KANDIS
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Bertulis
-
Adakah pihak PBT, JKR dan Pejabat Tanah mempunyai bajet yang cukup untuk menaiktaraf jalan di sekitar DUN Sg Kandis dan berapakah peruntukan yang disediakan oleh jabatan-jabatan tersebut?
367) CADANGAN PEMBINAAN HOSPITAL BESAR DI DUN SG KANDIS/SENTOSA/KOTA KEMUNING
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Bertulis
-
Memandangkan kepadatan penduduk di kawasan/Daerah/DUN Sg Kandis, Sentosa dan Kota Kemuning ya g sudah mencecah lebih 300,000 orang, sudah tiba masanya Kerajaan Selangor membina sebuah Hospital Besar di daerah ini. Mohon dilaksanakan kaji selidik bagi mempertimbangkan cadangan ini.
367) HAB KAUNSELING SEHAT SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Nyatakan bilangan peserta setakat Oktober 2024 dan trend (umur, jantina, kaum, taraf sosioekonomi) yang ketara antara peserta yang hadir.
-
Berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan?
-
Apakah strategi untuk memperluaskan liputan Hab Kaunseling ke lebih banyak tempat?
367) BANTUAN NELAYAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri boleh memberikan bantuan kepada melayan-nelayan di dalam DUN Selat Klang dengan memperbaiki dan membina jeti-jeti untuk memudahkan para nelayan melakukan aktiviti-aktiviti perikanan dan untuk memunggah tangkapan mereka agar lebih selesa dan selamat?
367) ISU BANJIR DI KUANG
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Penyelanggaran dan pembersihan longkang, parit, kolam takungan dan Sungai di Kuang tidak dilakukan dengan efisyen terutamanya apabila melibatkan Kawasan persendirian menyebabkan banjir kilat. Apakah perancangan pihak berkenaan bagi memastikan laluan air dibersihkan dan diselenggara bagi mengelakkan banjir?
367) LALUAN BAS SMART SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri akan menilai semula laluan Bas Selangorku di Kuang terutamanya di Bandar Tasik Puteri kerana banyak kawasan tidak berada dalam lingkungan laluan Bas Selangorku?