360) BANJIR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan dan persediaan Kerajaan Negeri dalam menghadapi banjir yang biasanya akan berlaku pada akhir tahun dan awal tahun di seluruh Negeri Selangor?
-
Berikan senarai kerja-kerja yang telah dilakukan oleh pihak yang terbabit dalam menangani masalah banjir khususnya di DUN Morib.
-
Adakah pihak Kerajaan Negeri akan segera bertindak pada semua parit-parit dikawasan kampung-kampung dan taman-taman akan dibersihkan serta didalamkan untuk menanggani masalah banjir di seluruh kawasan DUN Morib tidak kira ianya dari jabatan mana pun yang terlibat?
360) PEMBAKARAN TERBUKA SAMPAH DAN PLASTIK KITAR SEMULA DI KAWASAN FELCRA BATU 8, SIJANGKANG
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang telah diambil ke atas pelaku dan pemilik tanah?
360) PENGURUSAN DAN PENCEGAHAN BANJIR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Mulut
-
Apakah kaedah yang dijalankan oleh kerajaan untuk menyelesaikan isu-isu banjir di Batang Kali agar ia tidak berulang?
-
Apakah kaedah dan cara pengurusan kerajaan menghadapi situasi banjir di setiap peringkat daerah di Selangor sebelum, semasa dan selepas berlakunya banjir?
360) PENYELENGGARAAN RUMAH BERTINGKAT KOS RENDAH
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peruntukan yang telah diluluskan untuk membaiki dan
menyelenggara rumah pangsa dan kompleks perumahan awam di DUN Taman
Medan bagi tahun 2024?
360) PEKERJA WARGA ASING DI SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha pihak kerajaan dalam mengawal pekerja warga asing di Selangor?
-
Adakah cadangan untuk membuat pemutihan pekerja warga asing di semua industri yang bertapak di Selangor?
-
Isu sosial antara yang menjadi masalah utama, apakah solusi yang dicadangkan pihak kerajaan?
360) MINYAK MASAK KUTIPAN SEMULA
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Apakah peranan dimainkan oleh Kerajaan Negeri dalam minyak masak kutipan semula?
-
Adakah Kerajaan Negeri menyediakan insentif untuk bantu golongan usahawan untuk menjalankan kerja-kerja pungutan semula minyak masak kutipan?
-
Berapakah lesen dikeluarkan oleh setiap PBT sejak tahun 2013?
360) SELANGOR MENTAL SIHAT (SEHAT)
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Nyatakan berapa ramai pengguna SEHAT yang telah diberi preskripsi ubat psikiatri dan jumlah kos ubat tersebut.
-
Apakah jenis ubat yang paling banyak dipreskripsi?
360) UNISEL
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan secara terperinci segala lawatan UNISEL ke luar negara sejak 2021 dengan kos yang terlibat dan apakah impak positif kepada UNISEL secara langsung dari segi peningkatan pelajar antarabangsa?
360) PERANAN INDUSTRI DAN TEKNOLOGI 5G
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Bertulis
-
Apakah data terperinci nama-nama Syarikat dan kategori serta hasil cukai mengikut sektor industri di Hulu Selangor?
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk memberikan galakan pertumbuhan ekonomi seiring dengan RS1 kepada pemain industri di Selangor khususnya Industri Pengetahuan yang melibatkan bidang teknologi, rekaan dan pembangunanpengaturcaraan computer dan biokimia?
361) PEMINDAHAN OPERASI SYARIKAT ASING KE NEGERI SELANGOR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
-
Apakah inisiatif dan insentif Kerajaan Negeri bagi menarik syarikat asing memindah operasi mereka ke Negeri Selangor ?