357) PENGURUSAN PEJABAT PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Memandangkan beban kerja kerani-kerani pusat khidmat, adakah Kerajaan Negeri akan menambah elaun kerani-kerani?
-
Sudikah Kerajaan Negeri menambah bilangan kerani kawasan?
357) LALUAN LORI KELUAR MASUK KUARI
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri telah mengenalpasti jalan-jalan alternatif bagi lori-lori mengangkut batuan kuari keluar dari Kawasan kuari di DUN Kuang? Jika ya, sila senaraikan jalan-jalan tersebut.
357) RUMAH MAMPU MILIK DI SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri akan menyediakan rumah mampu milik untuk rakyat negeri Selangor dalam tempoh 4 tahun sehingga 2028 merujuk kepada data permohonan rumah mampu milik yang dipohon di Selangor sehingga tahun 2023 sebanyak 164 055 permohonan?
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan rumah mampu milik mengikut spesifikasi, piawaian dan harga yang boleh dimiliki oleh pemohon golongan B40 di Selangor?
-
Apakah nama-nama Syarikat Pemaju yang bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam menyediakan rumah mampu milik di Selangor pada Tahun 2022, 2023 dan 2024?
357) PEMBIAYAAN PELAKSANAAN PROGRAM KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah dan perincian pembiayaan Kerajaan Negeri atau anak-anak syarikat khususnya MBI bagi melaksanakan program yang berbentuk karnival sepanjang tahun 2024 ?
357) KEBAJIKAN PENJAWAT AWAM SELANGOR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk memastikan penjawat awam mendapat manfaat daripada program-program Iltizam Selangor?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaikkan elaun kakitangan penjawat awam di Selangor termasuklah kakitangan kontrak?
357) PENGKALAN NELAYAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peruntukan untuk membaik pulih dan menaik taraf pengkalan dan jeti nelayan Negeri Selangor mengikut DUN dan kawasan seluruh Selangor? Dan senaraikan.
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor memperuntukan pemasangan dan penambahan lampu ataupun lampu solar di kawasan-kawasan jeti nelayan seperti Jeti Nelayan Tongkah di DUN Morib yang gelap diwaktu malam?
358) USAHAWAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Bertulis
-
Apakah program-program usahawan terkini yang telah dijalankan dan akan dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan senaraikan keseluruhannya.
-
Apakah tawaran dan bantuan yang akan diberikan kepada usahawan muda dan belia-belia Selangor?
-
Berapa ramaikah usahawan-usahawan yang telah berjaya di Negeri Selangor yang dibantu dan dibawah program-program usahawan Negeri Selangor dan senaraikan latihan, bantuan dan peruntukan kepada usahawan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam semua bidang industri seperti industri pertanian, penternakan, makanan, pembuatan, perkhidmatan dan lain-lain didalam keusahawanan?
358) SEKURITI MAKANAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Abbas Salimmi Bin Che Adzmi @ Azmi
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha kerajaan bagi memastikan keterjaminan makanan dan sekuriti makanan di dalam Negeri Selangor?
358) INFRASTRUKTUR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Mulut
-
Berapakah kos atau peruntukan bagi mengendali lampu isyarat di seluruh Negeri Selangor?
-
Adakah rancangan Kerajaan Negeri Selangor bagi menggunakan lampu isyarat pintar?
358) FASILITI KESIHATAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua projek baru yang sedang dibina atau telah dirancang untuk
dibina di Negeri Selangor bagi fasiliti kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan
Malaysia.