353) KLINIK KESIHATAN DAN HOSPITAL
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Nisbah Klinik Kesihatan dan Hospital di Selangor berbanding jumlah penduduk adalah sangat kritikal, apakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk membina dan menambah klinik Kesihatan dan hospital di Selangor bagi mengatasi masalah ini?
353) RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM (RIBI)
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Adakah terdapat kelulusan bagi rumah ibadat bukan islam (RIBI) di DUN Kuang selepas 2008?
-
Berapakah jumlah rumah ibadat bukan islam (RIBI) haram di DUN Kuang?
-
Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap rumah ibadat bukan islam (RIBI) yang dibina secara haram?
354) ECRL
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah pampasan ex-gratia yang dibayar sebagai ganti rugi kepada penduduk Gombak Setia yang terlibat dalam jajaran Rel Pantai Timur (ECRL)? Berapa jumlah penerima terlibat dan berapa jumlah yang pembiayaan yang dikeluarkan oleh Malaysian Railway Link (MRL)?
354) SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN DAN SEKOLAH AGAMA
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan sekolah-sekolah SJKC, SJKT, Sekolah Agama serta sekolah-sekolah lain yang telah menerima bantuan kewangan daripada Kerajaan setiap tahun sejak tahun 2010 hingga kini dan berapakah jumlah bantuan tersebut?
354) GOLONGAN MISKIN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Berapa jumlah golongan miskin yang didaftarkan di DUN Kuang?
-
Bagaimana penyelarasan JKM & inisiatif Kerajaan Negeri bagi DUN Kuang sebagai ADN pembangkang bagi menangani isu ini?
354) KEDUDUKAN KEWANGAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila kemukakan butiran terperinci bagaimanakah prestasi kewangan Negeri Selangor bagi tempoh 9 bulan yang pertama tahun 2014 ?
-
Apakah tempias kelembapan ekonomi global terhadap kedudukan kewangan Negeri ?
-
Apakah kaedah yang dilakukan bagi memastikan kedudukan kewangan Negeri terus kukuh ?
354) INSENTIF KERAJAAN NEGERI BAGI PEMBANGUNAN KEDIAMAN MAMPU MILIK
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
-
Apakah dasar serta insentif terbaharu Kerajaan Negeri bagi menggalakkan lebih banyak pemaju terlibat sama bagi membangunkan kediaman mampu milik ?
354) DANA USAHAWAN MADANI SELANGOR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah permohonan yang sudah di luluskan untuk program ‘Dana Usahawan Madani' di dalam DUN Bukit Melawati?
-
Apakah mekanisme pemantauan yang digunakan untuk memastikan bantuan peralatan atau mesin yang diberikan benar-benar sampai kepada penerima yang layak?
354) PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Bertulis
-
Adakah pihak Kerajaan Negeri ada meneliti kembali penempatan semula tong-tong sampah dan cara untuk mengelakkan daripada haiwan-haiwan seperti monyet, anjing, biawak dan lain-lain ini yang membuatkan sampah-sampah bersepah?
-
Adakah penjadualan kutipan sampah bagi kutipan sampah dikaji semula disebabkan terlalu banyak sampah ditempat-tempat tertentu?
354) PEMBINAAN SIMPANG EMPAT BERHADAPAN MASJID AL-HUDA, PAYA JARAS
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Mulut
-
Bilakah projek simpang empat berhadapan masjid ini akan mula dilaksanakan?
-
Berapakah anggaran kos pelaksanaan projek ini?
-
Bilakah projek ini dijangka dapat disiapkan sepenuhnya?