352) BALAI BOMBA DI DUSUN TUA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini balai bomba di Dusun Tua?
-
Sekiranya ada, mohon kerajaan menyegerakan pembinaan balai bomba tersebut
kerana ianya kemudahan yang penting di Dusun Tua.
353) MASALAH TEKANAN AIR RENDAH
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah strategik dan jangka panjang yang akan dilaksanakan oleh Air Selangor untuk menyelesaikan masalah tekanan air rendah dan kekerapan gangguan bekalan air bersih di waktu puncak di taman perumahan AU2, Hulu Kelang?
353) BANTUAN PERNIAGAAN KHAS KEPADA WANITA, IBU TUNGGAL DAN OKU
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Mulut
-
Senaraikan inisiatif bantuan khas perniagaan di bawah Kerajaan Negeri Selangor untuk golongan wanita.
-
Adakah kerajaan berhasrat untuk merangka program atau skim khas bagi membantu ibu tunggal dan orang kurang upaya dari sudut perniagaan?
353) LOT LIDI DI SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah kes penjualan lot lidi yang telah dikenal pasti di Selangor sejak Januari 2019 sehingga Jun 2024 kebelakangan ini? Sila senaraikan data ini mengikut daerah.
-
Berapakah jumlah permohonan pemecahan lot yang diterima oleh Pejabat Tanah dan Galian yang berkaitan bagi pembeli lot lidi dalam tempoh yang sama? Berapa banyak daripada permohonan ini telah diluluskan dan berapa yang masih dalam proses?
-
Apakah peratusan permohonan pemecahan geran lot lidi yang ditolak? Apakah alasan utama yang menyebabkan penolakan permohonan ini dan apakah solusi kepada penjual yang terlibat?
353) PERKHIDMATAN BAS AWAM DUSUN TUA
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Mulut
-
Kekangan dan kekurangan bas awam di Dusun Tua sangat tinggi sehingga melibatkan waktu menunggu yang teramat lama. Bagaimanakah kerajaan dapat membantu untuk mengatasi masalah ini?
-
Bolehkah jumlah bas awam di Dusun Tua ditambah?
353) BAJET UNTUK BELIA SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Berapakah Bajet yang diperuntukkan untuk Belia bagi tahun 2015?
-
Adakah Bajet Tahun 2014 untuk Belia telah dibelanjakan sepertimana yang dirancang?
-
Berapakah jumlah perbelanjaan telah digunakan untuk DUN Teratai untuk aspek Belia setakat Oktober 2014?
353) ISU TRAFIK DI KAWASAN TUMPUAN INDUSTRI
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan bersedia untuk memperkenalkan mekanisme baharu untuk mengenakan caj khas penguraian trafik dan pembaikian jalan dengan tujuan penambahbaikan lalu lintas kepada pemain-pemain industri di Selangor ini berikutan kesesakan lalulintas yang semakin meningkat seiring dengan pembangunan industri baharu di Selangor?
353) KLINIK KESIHATAN DAN HOSPITAL
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Nisbah Klinik Kesihatan dan Hospital di Selangor berbanding jumlah penduduk adalah sangat kritikal, apakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk membina dan menambah klinik Kesihatan dan hospital di Selangor bagi mengatasi masalah ini?
353) RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM (RIBI)
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Adakah terdapat kelulusan bagi rumah ibadat bukan islam (RIBI) di DUN Kuang selepas 2008?
-
Berapakah jumlah rumah ibadat bukan islam (RIBI) haram di DUN Kuang?
-
Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap rumah ibadat bukan islam (RIBI) yang dibina secara haram?
353) PEWARTAAN KAMPUNG TRADISI SEBAGAI WARISAN UNESCO
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
-
Apakah syarat dan kriteria bagi Kerajaan Negeri mewartakan sesebuah kampung tradisi sebagai warisan UNESCO ?