352) PERUNTUKAN RIZAB TUNAI MELALUI GERAN SISTEM MAKLUMAT REKOD JALAN RAYA MALAYSIA (MARRIS)
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peruntukan MARRIS bagi tahun 2014 yang diterima oleh kerajaan negeri untuk membaikpulih dan menyelenggara prasarana bawah PBT Negeri Selangor?
-
Berapakah jumlah peruntukan MARRIS bagi tahun 2014 untuk membaikpulih dan menyelenggara prasarana di DUN Semenyih?
352) BANJIR KILAT JALAN PENDAMAR, PANDAMARAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Bilakah MBDK dapat melantik perunding untuk masalah banjir kilat di Jalan Pendamar, Pandamaran yang sering mengalami banjir kilat?
352) PENGURUSAN PANGSAPURI (JMB & MC)
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah inisiatif dan kaedah pihak berwajib menyelesaikan masalah isu
21 buah kuaters Air Selangor Pangsapuri Tapak Maha, Jalan PJS 2C/5 Taman Medan yang dibawah tanggungjawab SUK yang telah dimaklumkan tidak diurus dan tunggakan pembayaran penyelengaraan pada pihak pengurusan Perbadanan Pengurusan PN10337 Pangsapuri Tapak Maha sejak beberapa lama?
352) ISU BANJIR DI SUNGAI PLONG
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Banjir di Anak Sungai Plong yang melibatkan Lorong Atap dan beberapa kawasan di Kg Cempedak. Apakah punca banjir berlaku di kawasan-kawasan ini?
-
Apakah cadangan penyelesaian yang bersifat jangka masa pendek dan jangka masa panjang?
352) PEMBANGUNAN LEBUHRAYA KL – KARAK
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan Kerajaan dan pendirian Kerajaan Negeri berhubung pembangunan Lebuhraya KL - Karak ?
352) PENDIDIKAN KEMAHIRAN SEPANJANG HAYAT
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah Kerajaan Negeri mengiktiraf kemahiran yang dimiliki oleh tenaga buruh tempatan?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memberi pengiktirafan kepada pekerja mahir yang tidak mempunyai sijil kemahiran?
352) CADANGAN PEMBANGUNAN PKNS
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
-
Apakah status Kebenaran Merancang bagi pembangunan baru di atas tanah seluas lebih 7 ekar milik PKNS di Kelab Golf Seri Selangor? Nyatakan butiran kemajuan cadangan pembangunannya.
352) BALAI BOMBA DI DUSUN TUA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini balai bomba di Dusun Tua?
-
Sekiranya ada, mohon kerajaan menyegerakan pembinaan balai bomba tersebut
kerana ianya kemudahan yang penting di Dusun Tua.
352) BAJET UNTUK JABATAN KESIHATAN PBT
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan bajet Kerajaan Negeri kepada setiap Jabatan Kesihatan PBT untuk mengatasi isu denggi dan haiwan perosak (gagak, tikus dan sebagainya).
352) KEBENARAN MERANCANG SEKTOR PENTERNAKAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah permohonan kebenaran merancang untuk sektor penternakan yang diterima di DUN Permatang dalam tempoh lima tahun terakhir, dan berapa peratus daripadanya yang diluluskan?
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai statistik mengenai aduan daripada pengusaha penternakan di DUN Permatang yang mendapati birokrasi kebenaran merancang sebagai penghalang dalam mendapatkan kebenaran merancang?
-
Berapa banyak permohonan kebenaran merancang untuk aktiviti penternakan di DUN Permatang yang ditolak kerana isu berkaitan tanah, dan apakah penyelesaian yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri?