351) KENDERAAN TERBIAR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kenderaan terbiar yang telah disita oleh MPSJ?
-
Apakah kaedah pelupusan terhadap kenderaan-kenderaan terbiar tersebut?
-
Apakah kesulitan PBT dalam menyelesaikan masalah kenderaan terbiar dan rancangan jangka panjang terhadap masalah ini?
351) ISU TEKANAN AIR RENDAH DAN KEKERAPAN BERLAKU KEBOCORAN AIR PADA PAIP LAMA MILIK AIR SELANGOR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Bertulis
-
Apakah data terperinci setiap paip lama milik Air Selangor yang ada di kawasan ADN Batang Kali mengikut jumlah panjang paip yang belum digantikan mengikut kawasan perumahan?
-
Apakah inisitaif Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk kawasan DUN Batang Kali khususnya di Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Bandar Sungai Buaya, jajaran Kampung Hulu Rening, Tamu Hill, Bandar Utama Batang Kali, Kampung dan Bandar Sungai Buaya dan kawasan Hulu Yam?
-
Bilakah perancangan kerajaan Negeri untuk menggantikan paip-paip lama tersebut supaya NRW dapat dikurangkan di Batang Kali dan Hulu Selangor?
351) ISU INFRASTRUKTUR DAN PEMBANGUNAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Bilakah kerja-kerja menaik taraf jalan utama di kawasan jalan-jalan kampung akan dilaksanakan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menyediakan kemudahan lampu jalan di lorong-lorong kampung di sekitar DUN Sungai Kandis?
351) PENJUALAN SAHAM PKNS
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan butiran hasil penjualan saham Kerajaan Negeri melalui PKNS dalam konsesi lebuh raya KESAS.
351) LATIHAN OKU BAGI PERSEDIAAN BEKERJA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid
Kategori: Mulut
-
Nyatakan statistik terkini OKU berdaftar di Selangor berdasarkan kategori.
-
Adakah kerajaan melalui STDC melatih pelajar OKU dan bagaimanakah padanan kerja dilakukan selepas tamat latihan?
-
Adakah terdapat perancangan bagi memastikan OKU Selangor menyertai pertandingan Abilympics?
351) PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Mulut
-
Apakah persediaan agensi-agensi Kerajaan Negeri Selangor bagi menghadapi kemungkinan banjir yang akan berlaku?
-
Berapakah peruntukan yang telah disediakan semasa banjir?
-
Berapakah peruntukan (pasca banjir) yang disediakan untuk setiap keluarga yang ditimpa musibah banjir?
351) JALAN BAN PAKAT DI SAWAH
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah keseluruhan Jalan Ban Pakat di DUN Permatang yang telah dikenal pasti memerlukan pembaikan atau naik taraf, dan apakah peratusan yang telah diberi perhatian dalam tempoh Januari 2018 sehingga Julai 2024?
-
Bolehkah Kerajaan Negeri memberikan statistik terkini tentang jumlah Jalan Ban Pakat yang sudah diturap berbanding yang masih menggunak crusher run di kawasan sawah di DUN Permatang, serta prosedur untuk melengkapkan penurapan jalan ini?
-
Bolehkah Kerajaan Negeri memberikan data mengenai peruntukan tahunan yang disalurkan untuk Pembangunan dan penyelenggaraan Jalan Ban Pakat di DUN Permatang? Adakah jumlah peruntukan ini mencukupi berdasarkan keadaan semasa?
351) PORTAL SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif yang akan diambil bagi meningkatkan penggunaan portal rasmi Kerajaan Negeri Selangor?
351) STADIUM SHAH ALAM
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan nilai, kaedah dan sumber pembiayaan untuk projek pembangunan Stadium Shah Alam, merangkumi kos meroboh dan kos pembangunan semula.
351) AKTIVITI PERNIAGAAN PENDATANG ASING
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Nyatakan statistik tindakan yang diambil atas pendatang asing berniaga secara haram.
-
Apakah cabaran dihadapi oleh kerajaan untuk ambil tindakan atas pendatang asing berniaga secara haram?
-
Apakah langkah-langkah diambil oleh kerajaan bagi mengelak warganegara untuk menyewa lesen berniaga kepada pendatang asing?